Pages - Menu

Pages - Menu

Khamis, Januari 24, 2013

Jangan disamakan Tunku dengan Mahathir pengkhianat Negara..


KUALA LUMPUR: Mahathir membabitkan Tunku untuk menemani beliau sebagai seorang yang menjenayahi negara, tulis Aspan Alias di dalam blognya.

Menurutnya, Mahathir melakukannya kerana kepentingan politik beliau dan parti beliau dan ini merupakan satu pembelotan terhadap negara merdeka kita.

“Sesiapa yang menjenayahi negaranya adalah pembelot dan rakyat wajar menghukumnya,” ujar beliau lagi.

Tulisan penuh beliau di dalam blog http://aspanaliasnet.blogspot.com/ sebagaimana di bawah.

Saya cuba untuk mengelak hendak menulis dan memberi komen tentang isu Dr Mahathir memalitkan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dengan isu pemberian kerakyatan kepada bangsa Cina seramai sejuta orang semasa dalam mengusahakan kemerdekaan negara dahulu. Saya gagal untuk mengelak dari membuat komen dalam isu yang di sebut oleh Dr Mahathir terhadap beliau dan saya terus menulisnya mengikut pengamatan saya terhadap isu yang disebut oleh Dr Mahathir ini.

Tunku telah lama meninggalkan kita dengan nama yang baik sebagai Bapa Kemerdekaan Negara Malaysia ini. Setelah mengaku bertangungjawab terhadap pemberian kerakyatan kepada pendatang asing Filipina dan lain-lain di Sabah Dr Mahathir cuba untuk membawa Tunku nampak sama bersalah dengan beliau dan ini merupakan satu penginayaan moral yang paling buruk di lakukan terhadap Bapa Kemerdekaan yang bertanggungjawab menyempurnakan pencapaian kemerdekaan kita dahulu.

Rakyat tahu pemberian kerakyatan kapada kaum Cina dan India adalah merupakan pra-syarat untuk mendapatkan kemerdekaan itu dan dirundingkan secara terbuka. Mereka yang diberikan kerakyatan itu termasuklah dari India sama ada India yang beragama Hindu mau pun yang beragama Islam. Suruhanjaya apa yang Mahathir cadangkan dalam isu pemberian kerakyatan semasa Tunku dahulu. Ia di buat secara terbuka dengan persetujuan semua pihak, bukannya dilakukan di dalam gelap seperti kerja mencuri seperti yang dilakukan oleh Dr Mahathir.

Ada di antara keturunan mereka telah mendapat kerakyatan itu telah menempa kejayaan seperti menjadi pemimpin besar negara ini. Tidak payah kita mengulangi kenapa Tunku dan pimpinan semasa itu memberikan kerakyatan kerana ia di baca oleh murid-murid sekolah menengah dan di universiti di seluruh dunia. Ia dilakukan untuk membina negara dan menolak kerajaan penjajah di bumi kita.

Mahathir membabitkan Tunku untuk menemani beliau sebagai seorang yang menjenayahi negara. Mahathir melakukannya kerana kepentingan politik beliau dan parti beliau dan ini merupakan satu pembelotan terhadap negara merdeka kita. Sesiapa yang menjenayahi negaranya adalah pembelot dan rakyat wajar menghukumnya. Saya pernah memberikan label terhadap Mahathir sebagai seorang yang mempunyai ‘migrant mentality’ beberapa ketika dahulu dalam blog ini dan beliau sendiri membuktikan tuduhan saya itu benar.

Mahathir tidak habis-habis dendamnya terhadap Tunku tetapi bagi sesiapa yang benar-benar bersikap sayang kepada negara akan tahu yang Tunku merupakan manusia yang tidak dapat dicari ganti dengan mudah bersabit dengan sikap pengorbanan terhadap negara ini. Mahathir cuba untuk menjatuhkan imej Tunku semasa beliau sudah tiada dan tidak dapat mempertahankan diri dengan tuduhan jahat Mahathir itu.

Tunku adalah seorang pemimpin yang disayangi oleh rakyat semua kaum dan beliau merupakan pemimpin yang mempunyai ‘magnanimity’ yang amat tinggi dan tiada siapa yang mampu menandingi beliau jika dipandang dari susut kemanusiaannya. Mahathir tidak boleh menyamakan dirinya dengan Tunku kerana menyamakan dirinya dengan Tunku serupalah menyamakan buah epal dengan buah bacang. Itu sahaja.

Kenyataan Mahathir ini amat melukakan hati banyak rakyat terutamanya kepada rakyat yang berhati dan berjiwa bersih dan ia meliputi semua kaum. Tidak siapa yang menyangka Mahathir akan sampai ke tahap ini memainkan politik beliau, kerana hendak menutup kelemahan serta jenayah moral beliau sendiri.

Siapa pun boleh mempertahankan Dr Mahathir ini tetapi hakikatnya beliau telah membuka segala kelemahan beliau untuk di tontoni oleh semua orang.  Rakyat sekarang boleh membuat pandangan yang ‘conclusive’ terhadap bekas Perdana Menteri ini dan kita tahu rakyat sekarang memandang beliau sebagai seorang pemimpin yang tidak mempunyai pemikiran dan keterampilan sebagai seorang negarawan.

Dr Mahathir gagal segagal-gagalnya untuk duduk dan berdiri sebagai seorang negarawan dan beliau tidak akan mencapai taraf itu buat selama-lamanya. “Mahathir is disgusting leader” kata saorang rakan yang bercakap dengan saya tentang isu ini.

Tunku, marilah kita panjatkan doa kepada Allah swt agar roh beliau dibariskan bersama roh-roh orang yang beriman dan syuhada….al-Fatihah/HarakahDaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...