PETALING JAYA 2 Jan: Pakatan Rakyat (Pakatan) mahu polis beri
kerjasama bagi memastikan kelancaran Himpunan 1 Juta Rakyat di Stadium
Merdeka pada 12 Januari ini.
Untuk itu, Pakatan akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Negara (KPN) berhubung penganjuran himpunan tersebut.
Pengarah Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), Mohamad Sabu berkata,
pertemuan itu akan disertai pemimpin utama ketiga-tiga parti PAS,
KEADILAN dan DAP dalam masa terdekat.
“Pertemuan itu bagi membincangkan agar pihak polis memberi kerjasama supaya himpunan itu nanti berjalan dengan baik.
“Kita memberi jaminan bahawa himpunan itu nanti akan berlangusung
aman,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Setiausaha
Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat KEADILAN di sini.
Turut
serta, Setiausaha Agung PAS dan KEADILAN, Datuk Mustafa Ali dan Datuk
Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Biro Pakatan Rakyat DAP, Teng Chang Kim
serta anggota jawatankuasa pemandu HKR, Hishamuddin Rais.
Menurut Mohamad, pihak jawatankuasa induk sekretariat HKR pula akan
mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Wilayah Persekutuan bagi
memaklumkan berhubung penganjuran himpunan itu.
Beliau turut memberitahu, sehingga kini pihaknya belum menerima
jawapan dari pihak pengurusan stadium terhadap surat permohonan yang
dihantar 26 Disember lalu.
Ketika ditanya sama ada penganjur mempunyai alternatif lain jika
stadium itu tidak dapat digunakan, beliau bagaimanapun yakin Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengotakan janji untuk membenarkan
himpunan tersebut diadakan di stadium itu seperti yang dinyatakan ketika
himpunan Bersih 3.0 tahun lalu.
“Buat masa ini hanya Stadium Merdeka. Saya yakin Perdana Menteri akan menepati janji,” katanya, dipetik Harakah Daily.
Pada himpunan yang akan berlangsung dari jam 2 hingga 5 petang itu
juga nanti, satu deklarasi rakyat yang dinamakan sebagai ‘Deklarasi 12
Jan’ akan dibentangkan.
Mohamad turut memaklumkan, himpunan serupa akan diadakan rakyat Malaysia di luar negara seperti himpunan Bersih lalu./KeadilanDaily
Beriklan Sambil Menjana Puluhan Ribu Sebulan.. Klik Sekarang!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...