PETALING JAYA 8 Jan: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didesak
mengadakan siasatan terbuka mengenai status pampasan RM207 bilion oleh
kerajaan Jepun kepada rakyat Malaysia yang menjadi buruh paksa landasan
maut Siam-Burma semasa Perang Dunia Kedua.
“Najib tak boleh diam. Saya desak adakan siasatan bebas dan penuh
terhadap isu ini,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada pemberita di ibu
pejabat KEADILAN hari ini.
Khamis lalu, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin
mengesahkan selepas bertemu Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun ke
Malaysia, Takaharu Suegami bahawa pampasan RM207 bilion telah dibayar
pada 90 an.
30,000 mangsa termasuk melalui Sekretariat Jejak dan Persatuan
Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Kereta Api Siam Burma
1942-1946 memberitahu, sehingga kini pihaknya tidak mengetahui di mana
pampasan itu berada.
RM207 bilion dilulus oleh kerajaan dan prosesnya dimaklumkan kepada
pejabat Peguam Negara dan di peringkat Kementerian Sumber Manusia.
Sehingga kini tidak diketahui status pampasan sama ada disimpan oleh
Perbendaharaan Negara atau Amanah Raya kerana tiada sebarang penjelasan
dibuat kerajaan.
“RM207
bilion jumlah yang banyak. Dia (Najib) tidak melapor melalui kabinet
dan perbendaharaan. Perlu adakan siasatan bebas, penuh dan terbuka,”
tegas Ketua Umum KEADILAN itu.
Beliau selanjutnya turut mendesak Najib mengadakan siasatan terbuka
ke atas aliran USD 190 bilion wang haram (illicit funds) dari Malaysia
seperti dilapor Global Financial Integrity (GFI).
“Najib juga perlu respon dan adakan siasatan terbuka penuh berhubung laporan itu.
“Sampai hari ini tiada jawapan balas dari Perbendaharaan, Menteri
(Kewangan) dan Perdana Menteri. Ini jelas satu pengabaian
tanggungjawab,” kata Anwar./KeadilanDaily
"REWARD POWER!!!!!"Beriklan Sambil Menjana Puluhan Ribu Sebulan.. Klik Sekarang!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...