Terkini!!! Sidang Media DSAI Menjawab Tuduhan Umno/BN.
Dalam
tempoh PRU13 yang kian hampir, UMNO telah menunjukkan tanda-tanda
ketidakyakinan dalam mempertahankan kuasa mereka. Jelas mereka tidak
mampu untuk menangkis setiap idea dan dasar kami; lantas menyerang
dengan membenih politik kebencian dan ketakutan. Dengan media arus
perdana yang semakin ketandusan isu, UMNO sedang memaksimakan setiap
helah yang ada untuk memasung agenda perkauman dan ketakutan dalam
kalangan rakyat demi mengelak balasan yang bakal menimpa mereka jika
Pakatan Rakyat berkuasa kelak.
Perhimpunan Agung UMNO yang baru
selesai itu adalah pelantar untuk meningkatkan lagi serangan yang
berbentuk penipuan dan penghinaan diketuai oleh Perdana Menteri iaitu
Presiden UMNO sendiri, Dato’ Seri Najib Razak. Kami mengecam kenyataan
tidak bertanggungjawab beliau bahawa Malaysia akan hilang kedaulatannya
dalam tiga tahun pertama Pakatan Rakyat memerintah. Ideanya mudah;
memperbodoh-bodohkan rakyat dengan menyuburkan idea bahawa
pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat adalah pengkhianat yang akan
menggadaikan maruah negara demi kepentingan politik. Malah lebih malang
lagi apabila idea itu tidak disokong dengan fakta dan hujah yang
empirikal, kenyataan Najib adalah kenyataan yang tidak masuk akal dan
hanya dibuat oleh orang yang tidak punya maruah dan moral sama sekali.
Senario simptom ketakutan hilang kuasa ini dimulakan momokkan insiden
13 Mei sekiranya Pakatan Rakyat memegang tampuk pemerintahan. Kami
mengerti bahawa Ketua Wanita UMNO cuba untuk menghidupkan semula kareer
politik beliau yang telah pupus akibat didesak untuk meletakkan jawatan
dalam skandal ratusan juta NFC. Tetapi dengan menggunakan hujah picisan
sebegitu adalah tidak munasabah. Tindakan menyeru kembali ‘hantu’ 13 Mei
itu adalah untuk menimbulkan kebencian antara masyarakat Melayu dengan
bukan Melayu, seterusnya menyemai budaya ketakutan dalam kalangan rakyat
bahawa pertumpahan darah akan berlaku sekiranya UMNO kehilangan kuasa.
Hujah tersebut bukan sahaja biadap, malah boleh dianggap sebagai hasutan
dan dikategorikan sebagai satu jenayah.
Jelas sekali bahawa
Pakatan Rakyat telah muncul sebagai ancaman utama kepada hegemoni
UMNO-Barisan Nasional, dan ini menyebabkan mereka melancarkan tuduhan
liar tentang pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, terutamanya saya sebagai
proksi kepada kedua-dua kuasa asing Amerika Syarikat dan China dalam
satu masa! Kenyataan tidak masuk akal itu mungkin lucu, tetapi dengan
pengawalan sepenuhnya media cetak dan elektronik, UMNO sedang
menyebarkan agenda penipuan yang mampu membanggakan Goebbels.
Menggunapakai taktik pengulangan ‘penipuan besar’ ini, media mereka
bertujuan untuk menggambarkan kewangan atau perberhandaraan negara
mungkin dikawal oleh kuasa luar sekiranya Pakatan Rakyat memerintah.
Media UMNO juga keterlaluan dengan membakar api perkauman dan agama
dengan menyiarkan kenyataan-kenyataan berbaur ekstremis dan rasis
daripada perwakilan. Menurut UMNO, hanya mereka sahaja yang mampu
menjuarai Islam; bukan KEADILAN mahupun PAS. Justeru itu mereka berhujah
bahawa gejala murtad akan dilestarikan dan Malaysia akan
ditransformasikan menjadi negara Kristian jika UMNO pupus pada
pilihanraya akan datang.
Ucapan pembukaan Najib dalam
Perhimpunan Agung UMNO dipenuhi dengan serangan terhadap
pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, terutamanya ke atas saya dan di dalam
gaya bahasa yang tidak sewajarnya dilafazkan oleh seorang yang
negarawan. Adakah wajar bagi rakyat untuk terus mempertahankan pemimpin
yang tidak mempunyai kaliber seperti itu? Apakah dasar baru yang
dibentangkan demi kemajuan negara? Mana idea untuk ekonomi dan keadilan
sosial, kesihatan, perumahan dan pendidikan? Jikalau beliau punyai
alasan yang kukuh untuk menyaingi Pakatan Rakyat, beliau sepatutnya
menyahut cabaran saya untuk bersemuka dan berbahas, supaya rakyat dapat
menilai dengan sebaiknya siapa yang bercakap benar dan siapa yang gemar
menipu. Janganlah berselindung di sebalik jentera propaganda murahan
kamu dan jadilah anak jantan sebenar sebagai Perdana Menteri dan turun
berdebat dengan saya di dalam gelanggang!
idea bobrok bapak lembu disokong olih orang tua yang dah nak mati membuatkan parti haprak umno tua akan pupus tak lama lagi!!!!!
BalasPadam