IPP: Pakatan perintah, TNB jimat RM3.5b setahun
PKR hari ini menawarkan kaedah penjimatan RM3.47 bilion setahun
daripada bayaran yang dibuat oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada
syarikat pembekal kuasa bebas (IPP) sekiranya mereka memerintah selepas
pilihan raya umum akan datang.
Ia akan dapat dicapai melalui
pengurangan rizab margin kuasa elektrik dan rundingan semula kontrak
sedia ada di antara IPP dan TNB, kata Pengerusi Biro Pelaburan dan
Perdagangan PKR, Wong Chen.
Menurut Wong Chen, pulangan atas
pelaburan (ROI) IPP sekarang secara puratanya adalah 19 peratus - satu
kadar keuntungan yang terlalu tinggi berbanding penanda aras global yang
meletakkannya pada kadar 10 peratus shaja.
Mengambil kira sektor
penjanaan kuasa yang melibatkan kontrak jangka panjang dan risiko
operasi yang kecil, Wong percaya ROI tersebut boleh dirunding semula
kepada 10 peratus sahaja dan membolehkan TNB menjimatkan RM2.6 bilion
setahun.
"Pakatan Rakyat komited untuk merunding semula dengan
IPP untuk menurunkan purata ROI daripada 19 peratus kepada 10 peratus,"
katanya.
Beliau turut mencadangkan agar rizab margin kuasa
sekarang pada 38 peratus dikurangkan kepada 20 peratus sahaja yang
merupakan satu kadar optimum.
Langkah tersebut katanya akan membolehkan TNB menjimatkan RM870 setahun.
Penjimatan
yang diunjurkan PKR itu juga akan melonjakkan keuntungan tahunan TNB
kepada RM5.6 bilion daripada RM2.14 bilion setahun, tambahnya lagi.
Beliau
turut menyatakan komitmen PKR untuk memastikan pentadbiran TNB bebas
campurtangan politik dan perkongsian laba TNB dengan pekerja dan
pengurusan TNB apabila sasaran kewangan dan operasinya dipenuhi.
"Kita akan pertimbang penjualan 10 peratus saham TNB yang dipegang Khazanah kepada semua 30,000 pekerja dan pengurusan TNB.
"Ini
sebahagian daripada dasar ekonomi "management buy-out" untuk mewujudkan
kelas menengah pengurus - pemilik dan mengurangkan penglibatan kerajaan
dalam sektor swasta," katanya./MalaysiaKini
VIDEO l 5.52 min
Formula dan Rahsia kini terbongkar Hanya RM55 pun boleh jadi JUTAWAN..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...