Pages - Menu

Pages - Menu

Rabu, Disember 19, 2012

SERANGAN BIADAB KE ATAS PEMIMPIN INDONESIA: MENTERI PENERANGAN WAJAR POHON MAAF


KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA

19 DISEMBER 2012

Serangan dangkal dan biadab Zainudin Maidin ke atas mantan Presiden Indonesia, YTH BJ Habibie kini merebak kepada Almarhum Gus Dur dan Amien Rais pula. Ternyata, Zainudin mewakili sosok pimpinan UMNO yang angkuh dan anti-demokrasi.

Menteri Penerangan, Dr. Rais Yatim sewajarnya tidak berdolak-dalih dan memberi alasan lagi memandangkan perancangan biadab menghina tokoh pimpinan Indonesia ini disiarkan di dalam Utusan Malaysia, sebuah media yang diketahui dimiliki oleh UMNO!

Justeru, apakah tidak wajar untuk pimpinan UMNO mendesak Zainudin dan Utusan Malaysia supaya memohon maaf secara terbuka? Saya percaya dan yakin bahawa kebiadaban sebegini tidak sekali-kali mewakili sentimen rakyat malah dibantah keras oleh majoriti rakyat Malaysia yang amat menghormati tokoh-tokoh Indonesia tersebut.

ANWAR IBRAHIM

 JIHAD EKONOMI SERTAI NOW!!.... CEPAT TERKINI!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...