KUALA LUMPUR 11 Dis: Pengerusi KEADILAN Pahang, Datuk Fauzi Abdul
Rahman tidak menolak kemungkinan punca Ahli Parlimen Jerantut, Tengku
Azlan Sultan Abu Bakar menyokong Pakatan Rakyat walaupun masih bersama
Umno kerana sedar parti itu menyeleweng.
“Sikap
terbuka Tengku Azlan yang menyenangi perjuangan Pakatan Rakyat
disebabkan beliau sedar Umno sekarang tersasar daripada landasan
sebenar.
“Saya
percaya apa yang dinyatakan itu ikhlas dari hatinya. Sudah pasti beliau
menyertai politik tanpa ada kepentingan kerana pangkat, harta semuanya
beliau miliki,” katanya kepada Keadilan Daily.
Fauzi berkata, Tengku Azlan juga mungkin menyedari penubuhan Umno atas kepentingan rakyat kini medan untuk mencari kemewahan.
“Umno sekarang adalah ciptaan Tun Mahathir (Mohamad) kerana parti itu pernah diharamkan suatu masa dahulu.
“Pemimpin Umno dulu berjuang memartabatkan Islam dan kemerdekaan
negara. Inilah bezanya dengan pemimpin Umno sekarang,” kata Fauzi.
“Saya pasti beliau boleh lihat apa yang berlaku dalam Umno sekarang,” ujarnya.
Semalam, Tengku Azlan yang juga Ketua Umno Bahagian Jerantut, mengakui menyokong perjuangan Pakatan.
Adik kepada Sultan Pahang itu yakin dengan hala tuju Pakatan yang
disifatkannya lebih berani bertemu rakyat bagi menerangkan dasar mereka
untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
Katanya, tindakan mesra rakyat itu bukan sahaja berjaya meraih undi
untuk Pakatan, malah lebih senang mendekati pengundi dengan tawaran
menarik./KeadilanDaily
JIHAD EKONOMI SERTAI NOW!!.... CEPAT TERKINI!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...