KUALA LUMPUR 29 November: Ucapan dasar Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak pada Perhimpunan Agung Umno hari ini merupakan bayangan
kepada rakyat bahawa parti itu sudah hilang kewibawaan.
“Ucapan
Najib tak seperti ucapan yang pernah disampaikan Presiden Umno
terdahulu. Sepatutnya dalam perhimpunan begitu, Najib bicara soal dasar
dan polisi, bukannya menghentam dan caci maki Pakatan Rakyat,” kata
Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Najib pagi tadi menyampaikan ucapan penuh prejudis terhadap Pakatan
Rakyat khasnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di hadapan
perwakilan Umno.
“Najib hanya menyerang Anwar dan Pakatan. Sejak 14 tahun lalu Anwar
sering dijadikan sasaran untuk serangan peribadi oleh pemimpin Umno,”
kata Saifuddin ketika dihubungi.
Tambah Ahli Parlimen Machang itu, kenyataan Najib membayangkan betapa
takutnya jika beliau dan Umno kalah dalam pilihan raya nanti.
Malah ia juga tanda perhimpunan itu adalah yang terakhir untuk Umno sebagai kerajaan, kata Saifuddin.
“Umno sudah selesa memegang kuasa selama 55 tahun. Sekarang mereka
tahu mereka bakal kehilangannya. Sebab itu mereka jadikan perhimpunan
ini sebagai tempat untuk caci, maki Pakatan Rakyat,” katanya.
“Ucapan Najib dan pimpinan Umno langsung tidak membawa kebaikan kepada bangsa dan agama.
“Perwakilan pula dengan membuta tuli ikut sama dengan ucapan tak berfaedah. Itulah Umno…,” kata Saifuddin./KeadilanDaily
Hanya dengan modal sekali RM25 anda berpotensi mendapat RM10,000 dalam masa 5 minggu sahaja!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...