Pages - Menu

Pages - Menu

Selasa, Disember 18, 2012

Panas!! Selepas tiada jihad di Palestin kini Qardhawi pula Khawarij


KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia menyifatkan pemikiran ulama Qatar, Dr Yusuf Al-Qardhawi (gambar) tidak ada kaitan dengan pemikiran Khawarij sebagaimana didakwa oleh Ketua Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya.

Bagi Pemuda PAS,  kelompok agamawan seperti Ulama Muda Umno adalah pengampu kerajaan dan wujud di mana-mana negara umat Islam yang dibayar upah untuk menghalalkan kebejatan pemerintah.

Demikian kata Ketua Penerangannya, Ridhuan Mohd Nor yang mengulas dakwaan Fathul Bari yang mendakwa pemikiran Yusuf Al-Qardhawi sama dengan Khawarij.

Fathul mengatakan pemikiran Yusuf Al- Qardhawi cenderung kepada khawarij.

Kenyataannya tersebar dalam laman Youtube sejak beberapa bulan yang lalu dan kini sedang hebat dikongsi oleh pengguna laman sosial Facebook.

Sebelum ini, Ulama Muda Umno juga membuat kenyataan kontroversi apabila berkata tidak ada jihad di Palestin sekarang.

Khawarij yang muncul pada tahun 37 Hijrah menentang kerajaan Islam Saidina Ali namun, namun umat Islam hari ini jauh daripada syariat Islam dan menentang syariat Islam.

Bagi Riduan (gambar) , Yusuf Al-Qardhawi memahami gejolak perasaan rakyat serta kehebatan beliau menentang kezaliman pemerintah adalah berdasarkan ajaran Islam dan jauh sekali daripada nilai-nilai pendokong khawarij.

Menerusi karya, kata Ridhuan, beliau telah membuktikan ketokohan intelektualnya di samping komited untuk sama-sama memahami kemelut dan pergolakan yang melingkari setiap ruang lingkup kehidupan umat Islam kontemporari hari ini.

Katanya, ketegasan Qardhawi dalam mendokong hak dan kebenaran, dan menolak kemungkaran serta kebatilan harus diteladani oleh cendekiawan Islam yang lain.

Tambahnya, kemampuan beliau untuk turut sama menyelami denyut dan nadi umat seharusnya menjadi obor untuk menyemarakkan semangat di kalangan generasi muda.

"Qardhawi telah menghasilkan ratusan karya dan beliau adalah kader terbaik Ikhwanul Muslimin abad 21," katanya.

Dari sudut peribadinya Riduan berkata beliau beruntung berkesempatan untuk mengenali pemikiran Dr. Yusuf al-Qardhawi menerusi penglibatan dalam gerakan Islam serta karya-karyanya yang membuktikan ketokohannya.

"Kemampuan karya beliau telah teruji, contohnya sepertimana dalam bukunya 'Halal & Haram dalam Islam', yang mendapat sambutan di kalangan umat Islam seluruh dunia di samping dijadikan rujukan di pelbagai institusi pendidikan dan ulama di seluruh dunia Islam sehingga ke hari ini," katanya ketika dihubungi./HarakahDaily

KUMPULAN BAKAL JUTAWAN ONLINE V1FUEL BOOSTER

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...