KUALA LUMPUR 14 DIS: Ahli perniagaan Deepak Jaikishan mendakwa
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memainkan peranan utama dalam
tindakan penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang menarik balik
pengakuan berkanun (SD) pertamanya pada tahun 2008.
Dalam satu wawancara dengan Harakah, seperti dimuatkan di
Youtube, Deepak mendakwa Najib berbuat demikian demi mengelakkan
tindakan yang mungkin diambil seteru dalam Umno bagi menghalang
cita-cita Najib menjadi perdana menteri.
“Tetapi satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib
menjadi perdana menteri, mereka ada kepentingan mereka, mereka dudah
bersedia.
“Salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan
menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan kejam ini dan
siapa yang mengarah orang itu, ini sangat high level,” kata Deepak.
Pada
masa itu, Najib merupakan timbalan perdana menteri. Beliau kemudiannya
dilantik menjadi perdana menteri pada 2009 selepas Tun Abdullah Ahmad
Badawi terpaksa berundur ekoran pencapaian buruk dalam pilihan raya umum
2008.
Mengikut Malaysia Kini, SD pertama Balasubramaniam,
didedahkan pada 3 Julai 2008, mengandungi kenyataan bersumpahnya bahawa
Najib mempunyai kaitan dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu yang
mati dibunuh.
Pada hari berikutnnya, Balasubramaniam membuat satu lagi SD dan mendakwa bahawa dakwaan dalam SD pertama adalah palsu.
“Jadi objektif untuk tukar SD bukan kerana takut sangat dengan SD si
Bala ini. Objektif utama besar dari itu, mereka kena hentikan langkah
seterusnya.
“(Pada) malam itu juga kena siap, kena U-turn (tukar pengakuan Bala), kena tutup (perkara itu), itulah yang masalah utamanya.
Deepak mendakwa beliau menerima satu panggilan telefon daripada
isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor pada senja 3 Julai 2008.
Deepak mendakwa Rosmah meminta bantuannya memandangkan beliau
mengenali Balasubramaniam, yang mendedahkan SD pertama pada pagi hari
tersebut.
Susulan itu, Deepak mendakwa beliau mengunjungi kediaman rasmi Najib
di Putrajaya dan memberitahu Najib bahawa Balasubramaniam enggan
bekerjasama.
“Pertama (Najib) telefon satu lawyer, lepas itu dia telefon adik dia,
lawyer juga. Lepas bincang, dia minta saya agar mencari jalan untuk
jumpa dia dan cari jalan supaya (Balasubramaniam) setuju, untuk batalkan
SD dia.
“Saya telefon Bala… Dia kata dia nak jumpa Datuk Seri atau Datin Seri kalau nak dia menarik balik dia punya SD,” dakwa Deepak.
Deepak mendakwa Najib kemudiannya mencadangkan supaya adiknya Nazim yang seorang arkitek dan usahawan, untuk mewakilinya.
Dakwanya, pertemuan itu seterusnya berlangsung sekitar tengah malam di sebuah pusat membeli-belah di Damansara.
Dakwanya lagi, rundingan melibatkan sejumlah wang yang tidak
didedahkan itu kemudiannya berlangsung dan Nazim seterusnya menghubungi
Najib untuk mengatur seorang peguam untuk menderaf SD kedua di sebuah
hotel mewah di Kuala Lumpur.
Dalam video berkenaan, Harakah memadamkan nama seorang peguam yang disebut Deepak.
Susulan itu, satu sidang media diadakan secara tergesa-gesa pada keesokan harinya.
Deepak mendakwa peguam berkenaan tidak mahu hadir, yang memaksanya
memanggil seorang peguam lain untuk menemani Balasubramaniam bagi
bertemu media.
Deepak mendakwa, beliau mendedahkan maklumat ini untuk menggesa
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk mengambil tindakan dan
melindungi integriti insitusi tersebut.
“Saya yakin dalam SPRM mesti ada orang yang baik. Tidak mungkin semua
orang hendak dengar cakap sepasang suami isteri. Kita ada 28 juta
manusia di Malaysia,” katanya.KeadilanDaily
Formula dan Rahsia kini terbongkar Hanya RM55 pun boleh jadi JUTAWAN..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...