Pages - Menu

Pages - Menu

Sabtu, Disember 15, 2012

Najib rampas hak royalti Terengganu - Saifudin Nasution


DUNGUN: Datuk Seri Najib Razak disifatkan sanggup untuk merampas hak royalti rakyat Terengganu untuk diserahkan kepada Pahang bagi mempastikan kemenangannya di Pekan.

(Saifudin berucap di HKR Terengganu)

Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution berkata, langkah ini amat jelas satu tindakan Najib untuk mempertahankan kerusinya itu.

Ini kerana, kajian yang dibuat oleh syarikat carigali minyak Lundin Oil dari Perancis mengesahkan telaga minyak itu terletak di luar pantai Terengganu bukannya Pahang.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Himpunan Kebangkitan Rakyat Terengganu di hadapan kira-kira 50,000 orang yang menyertai himpunan di Kuala Paka itu.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengesahkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu telaga minyak yang baru ditemui itu terletak dalam kawasan Terengganu.

Syarikat cari gali minyak di kawasan berkenaan iaitu Lundin Oil mengesahkan tentang penemuan itu dan menyatakan ia berada di kawasan negeri ini.

Najib dalam kenyataannya baru-baru ini berkata, "Medan minyak ini terletak kira-kira 160 km di luar persisiran pantai Semenanjung Malaysia bertentangan dengan negeri Pahang, pada kedalaman air 76 meter.

"Penemuan ini telah membuktikan kewujudan minyak dan gas di kawasan selatan Malay Basin ke arah Penyu Basin.

"Oleh itu, medan minyak tersebut adalah terletak di kawasan pelantar benua di dalam bidang kuasa kerajaan persekutuan.

"Berasaskan pertimbangan yang adil dan saksama, dan mengambil kira negeri-negeri yang telah dibayar wang ehsan sebelum ini, serta komitmen kerajaan untuk terus memastikan pembangunan serta manfaat dapat dirasai oleh negeri-negeri.

"Dalam hal ini, bergantung kepada anggaran pengeluaran, negeri Pahang dijangka akan menerima wang ehsan sekitar 100 juta setahun apabila pengeluaran bermula pada suku ketiga tahun 2014.”

Sultan Pahang pula meminta rakyat ikut sahaja kerana ia telah dinyatakan oleh Perdana Menteri.


Paling banyak hutang




(Orang ramai yang memenuhi HKR Terengganu)

Dalam ucapannya itu juga, Saifudin berkata, Najib adalah Perdana Menteri yang paling banyak berhutang.

Najib juga, katanya, cuba bermacam cara untuk memecahkan Pakatan tetapi kebangkitan rakyat akan memberi jawapan yang jelas pada PRU 13.

Bagi beliau, masa sudah sampai untuk BN menjadi pembangkang di parlimen pula.

Bagi Saifuddin, ucapan para pemimpin Umno dalam Perhimpunan Agung Umno 2012 (PAU 12)   telah menyebut lebih 398 kali nama Anwar Ibrahim.

"Ini membuktikan ketakutan Umno terhadap Anwar," katanya.

Umno kini, kata Saifudin, mengunakan sentimen Melayu dan perkauman untuk menyelamatkan mereka.

"Rakyat kini tertekan dengan gaya pimpinan Umno yang makin menyeksakan rakyat. Rakyat akan ubah kerajaan pada pru 13," katanya disambut teriakan takbir dari para hadhirin yang memenuhi kawasan himpunan itu./HarakahDaily

Panas!! Hanya dengan modal sekali RM25 anda berpotensi mendapat RM10,000 dalam masa 5 minggu sahaja!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...