KUALA LUMPUR: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak buat kali ketiga memohon maaf kepada rakyat 'atas kekhilafan
kerajaan' menggambarkan beliau lebih teruk 'gagal' berbanding Perdana
Menteri sebelumnya, Abdullah Ahmad Badawi.
Naib Presiden PAS,
Salahuddin Ayub berkata, beliau yakin permohonan Najib itu kerana
kegagalannya mengurus tadbir negara dengan baik.
"Najib sedar beliau tidak dapat menyempurnakan tugas dengan baik untuk mengangkat negara ke arah yang lebih baik.
"Dan
ini menunjukan beliau rasa beliau lagi gagal dari Pak Lah (Abdullah
Ahmad Badawi)," kata beliua ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Sebelum
ini, pada Mac lalu ketika satu majlis di Baling Kedah, Najib juga
pernah membuat rayuan momohon maaf kepada rakyat negeri itu atas
kesilapan dalam pilihan raya umum lalu yang menyebabkan mereka ditolak
di negeri itu.
Dalam satu majlis di Pelabuhan Kelang dua minggu
sebelum itu, Najib juga memohon maaf dan mengakui bahawa BN ada
melakukan beberapa kesilapan di negeri Selangor sehingga mereka ditolak
oleh rakyat dalam pilihanraya 2008 lalu.
Mengulas lanjut,
Salahuddin juga berkata, rakyat boleh memaafkan Umno BN atas kegagalan
mereka namun tidak bermaksud rakyat akan terus memilih parti itu pada
Pilihan Raya Umum Ke-13.
"Mungkin rakyat boleh memaafkan Umno BN
tapi tidak bermaksud rakyat akan terus memberi peluang kepda mereka.
Memaafkan dan terus memilih dua perkara berbeza," katanya yang juga Ahli
Parlimen Kubang Kerian.
Justeru katanya, tiada masalah bagi
rakyat memaafkan Umno BN tapi jangan sampai memberi peluang kepada parti
yang terbukti gagal.
"Memaafkan itu boleh tapi pastikan rakyat tidak memilioh parti yang gagal lagi dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.
Najib
dalam ucapan dasaranya dilaporkan sebagai berkata,"bumi mana tak
ditimpa hujan, laut mana tidak bergelora, bahagian dunia manakah yang
wujudnya orang, atau pimpinan, atau persyarikatan atau parti yang tidak
pernah tersandung atau tersalah. Di atas segalanya, sebagai kepimpinan
parti dan kerajaan, kami menyusun jari nan sepuluh memohon maaf atas
kekhilafan"/HarakahDaily
Formula dan Rahsia kini terbongkar Hanya RM55 pun boleh jadi JUTAWAN..
Najib sebenar lebih hebat dari Pak Lah tetapi dilingkungi terlampau banyak masalah pribadi menjadikannya pentadbiranya tidak efektif
BalasPadam