SHAH ALAM 6 Dis: Kerjasama erat antara Malaysia dan Indonesia amat
penting dalam menyelesaikan masalah berbangkit, terutama isu Tenaga
Kerja Indonesia (TKI) di negara ini, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk
Seri Anwar Ibrahim.
Berucap pada majlis Pidato BJ Habibie di Universiti Selangor
(Unisel), di sini pagi tadi, mantan Timbalan Perdana Menteri itu
menceritakan kembali kerjasama beliau bersama tokoh demokrasi itu ketika
masih berkhidmat dalam kerajaan.
Habibie merupakan mantan presiden ketiga Indonesia, pengganti Suharto
dan memegang jawatan presiden daripada Mei 1998 hingga Oktober 1999.
“Kerjasama
antara Indonesia dan Malaysia perlu diterapkan. (Dahulu) bila ada
masalah, saya akan hubungi beliau (Habibie). Contohnya ketika ada
bantahan terhadap kehadiran TKI (tanpa izin ke Malaysia).
“Kata Habibie: “Senang saja Pak, Tentera Laut Indonesia ada kapal. Di
pelabuhan, kita aturkan dan kirim pulang dengan cara baik”.
Disebabkan itu jelas Anwar, penghantaran TKI berjalan lancar dan tidak menimbulkan pergeseran antara rakyat kedua-dua negara.
“Jangan rampas hak mereka, jangan pukul mereka (dan) tindas
mereka…Mereka datang pun (untuk) cari makan,” sambung Ketua Pembangkang
itu lagi.
Isu TKI sentiasa menjadi punca ketegangan antara rakyat Malaysia dan
Indonesia. Terbaru, seorang TKI diperkosa tiga anggota polis ketika
dalam tahanan.
Turut
hadir dalam program itu, antaranya Menteri Besar Selangor, Tan Sri
Abdul Khalid Ibrahim; Timbalan Naib Canselor Unisel, Profesor Dr Anwar
Ahmad; Ahli-ahli Exco Kerajaan Selangor serta mahasiswa Unisel,
Universiti Malaya dan Universiti Islam Antarabangsa.
Habibie atau nama penuhnya, Bacharuddin Jusuf Habibie diahirkan di Pare-Pare, Sulawesi Selatan, pada 25 Jun 1936.
Dalam tempoh singkat pemerintahannya, Habibie berjaya membuka gerbang demokrasi seluas-luasnya di negara 240 juta rakyat itu.
Justeru beliau digelar Guru Demokrasi di rantau itu.
Di bawah kepemimpinan Habibie, Indonesia memilih demokrasi sebagai jalan hidup berbangsa dan bernegara.
Habibie sebagai pembuka sejarah perjalanan bangsa Indonesia pada era
reformasi dengan melakukan sejumlah perubahan bagi penegakan demokrasi
dan keterbukaan politik.
Pilihan raya umum 1999 tercatat sebagai pilihan raya umum paling demokratik yang pertama setelah pilihan raya umum 1955.
Habibie juga membuka seluas-luasnya kebebasan bersuara, khususnya media.
Keterbukaan politik di masa pemerintahan Habibie juga diiringi dengan sejumlah usaha pemulihan ekonomi./KeadilanDaily
Hanya dengan modal sekali RM25 anda berpotensi mendapat RM10,000 dalam masa 5 minggu sahaja!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...