KUALA LUMPUR 22 November: Taklimat Scorpene yang dijadual berlangsung
di Dewan Rakyat hari ini ditunda ke minggu depan berikutan permintaan
oleh kedua-dua peguam Perancis – William Bourdan dan Joseph Breham.
Ahli Biro Politik KEADILAN, Sivarasa Rasiah berkata, penangguhan itu dibuat kerana alasan peribadi peguam terbabit.
“Kita akan umumkan tarikh dan masa tersebut pada Isnin depan.
Bagaimanapun taklimat itu tetap akan diteruskan di Parlimen minggu
depan,” katanya kepada Keadilan Daily.
Jelas Ahli Parlimen Subang itu, pihaknya masih berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri berhubung status kemasukan mereka.
“Surat rasmi mengenai perkara itu sudah dihantar kepada Menteri Dalam
Negeri bagi meminta sekatan tidak dilakukan terhadap kedua-dua peguam
itu.
“Buat masa ini, belum ada jawapan secara bertulis sama ada kerajaan
membenarkan kemasukan peguam tersebut atau sebaliknya dan kita masih
tunggu,” katanya.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein
menyatakan peguam terbabit akan ditahan jika hadir ke Malaysia dan
meminta mana-mana pihak tidak mempolitikkan ‘keputusan yang dibuat’.
Beliau juga menyerahkan kepada pihak Imigresen sama ada membenarkan atau tidak kemasukan peguam terbabit.
William dan Breham dijadual memberi maklumat terperinci mengenai
perbicaraan Scorpene di Mahkamah Perancis di hadapan Ahli Parlimen
Malaysia.
Surat jemputan rasmi kepada mereka diserahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 7 November 2012.
Pada Julai 2011, kerajaan bertindak menghantar pulang William ketika
tiba di KLIA untuk memberi taklimat pada majlis makan malam Suara Rakyat
Malaysia (Suaram) di Petaling Jaya.
Kapal selam Scorpene yang dibeli dari DCNS di Perancis – melibatkan
komisen lebih RM500 juta dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, syarikat
milik rakan baik Perdana Menteri – Abdul Razak Baginda.
Skandal ini dikatakan turut berhubung kait dengan pembunuhan warga
Mongolia, Altantuya Shaaribuu yang dibunuh mengguna bom C4 dari
Kementerian Pertahanan pada 2006.
Kedua-dua hakim Roger Le Loire dan Serge Tournaire kini sedang
meneruskan siasatan terhadap kes berkenaan di Mahkamah Tribunal deGrande
Instance Perancis.
Tujuh saksi dinamakan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi; penyiasat
persendirian, P Balasubramaniam, Abdul Razak Baginda, isteri Razak,
Mazlinda Makhzan, pembantu kanan beliau, Jasbir Singh Chahl serta Ahli
Perniagaan, Lodin Wok Kamaruddin./KeadilanDaily
Pil Untuk Lelaki Yang Lemah Tenaga Batin..Power!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...