MARANG: PAS menjangkakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kemungkinan akan diadakan pada tahun ini.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata jangkaan itu dibuat berdasarkan maklumat yang diperolehi beliau.
Bahkan,
katanya jangka masa akan dibubarkan parlimen serta diadakan pilihan
raya itu terlalu dekat dalam masa beberapa minggu lagi.
“Ada
maklumat kata pilihan raya tahun ini juga. Maka, kita (PAS) kena
bersedia untuk tahun ini juga. Bahkan, ada yang kata Barisan Nasional
nak bubar dalam masa dua minggu lagi…walau pun ada yang kata (spekulasi)
tahun hadapan (2013).
“Tapi persediaan SPR sekarang untuk
pilihan raya pada bila-bila masa. Maka, kita (PAS) juga kena bersedia
pada bila-bila masa untuk pilihan raya (PRU13),” tegasnya.
Beliau
berkata demikian ketika berucap merasmikan Ijtima’ Tarbawi Dewan Pemuda
PAS Negeri Terengganu bertemakan “Tarbiyah Tunjang Kekuatan Pemuda” di
Dewan Tok Guru, Rusila, Marang 8 November lalu.
Antara pimpinan
pemuda yang hadir Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad
Kamil, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Ridhuan Mohd Nor dan Ketua
Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah.
Namun begitu, kata
Datuk Seri Abdul Hadi, Barisan Nasional kini teragak-agak hendak
mengadakan pilihan raya kerana bimbang dengan perubahan orang muda.
“BN
kini teragak-agak hendak adakan pilihan raya (PRU13) kerana takut pada
undi orang muda. Mereka sangat takut dengan perubahan orang muda
ini.Saya dapat maklumat terkini, jika dibiarkan lama (lambat pilihan
raya) bahaya lagi.
“Mereka (BN) beri BR1M, tapi ambil balik
melalui saman dan orang (rakyat) faham, orang ‘reti’. Mereka (kerajaan)
boleh ambil balik melalui macam-macam saman dan kenaikan. Tipu atas
darat dan jika dibiarkan akan terus (kerajaan BN) dalam bahaya,”
jelasnya.
Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang
menyifatkan golongan muda merupakan sayap penting dalam perjuangan sama
ada lelaki mahu pun wanita.
Menurutnya, tenaga orang muda sangat penting apa lagi dalam konteks pilihan raya demokrasi berparlimen.
Katanya,
hasil lawatan kerja parti ke seluruh negara dilaporkan lebih 30 peratus
dari jumlah pengundi pada PRU13 ini adalah golongan muda.
“Orang
muda adalah sayap penting dalam perjuangan, orang muda lelaki dan
wanita, muslimin dan muslimat sama sahaja. Tenaga (muda) yang penting,
apa lagi dalam konteks pilihan raya demokrasi berparlimen.
“Satu undi lelaki, satu undi perempuan dan mereka (Pemuda PAS) perlu menarik orang muda terutamanya.
“Dalam
lawatan saya di negeri Terengganu dan negeri-negeri lain di seluruh
negara. Saya dapati lebih 30 peratus pengundi-pengundi muda yang boleh
jadi undi penentu pada PRU13 akan datang,” ujarnya di hadapan lebih 1000
hadirin.
Selain itu, Presiden PAS turut mengingatkan para
pemimpin serta ahli parti disemua peringkat agar tidak terlalu ‘over
confident’ dengan perkembangan politik semasa.
Beliau
menasihatkan agar tidak berlaku sifat keji yang ditegah oleh Allah SWT
iaitu sifat ‘ujub’ atau rasa kagum pada diri sendiri.
Menuurtnya,
jumlah sokongan yang ramai kadang-kala melahirkan sifat ujub, bangga
diri serta hilang kebergantungan kepada Allah SWT.
“Kagum
(bangga) dengan diri sendiri, ‘over confident’, terlalu yakin kita ramai
dan boleh menang dengan mudah. Ramai doh (sokongan), boleh pergi ke
Putrajaya bila-bila masa.
“Jangan galak sangat sebab ada di
kalangan kita ini galak sangat…memang kita (PAS) hendak ke Putrajaya
tetapi jangan ‘ujub’ (bangga diri).
“Saya minta kepada pemimpin
kita (PAS) disemua peringkat, surat khabar kita..Harakah samalah juga
jangan ujub sangat. Tuhan ajar Nabi saw jangan ujub.
“Kita
(Pakatan Rakyat) ceramah ramai dah, himpunan ramai dah boleh menang..ini
jangan ujub. Berarak sahaja tetapi tidak buat kerja, tidak jadi apa,”
tegasnya.
Tambah beliau, proses tarbiyah sangat penting dalam
pengisian perjuangan Islam sama ada sebelum menang atau selepas
kemenangannya.
Hadir sama meraikan majlis tersebut Pengerusi dan
Timbalan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Dr Bala
Chandran GK dan Encik Jefri Chua./HarakahDaily
Ahli Umno-BN diseru keluar dari parti ‘Syaitan’
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...