KUALA LUMPUR 28 November: Pakatan Rakyat akan terus desak kerajaan
untuk panggil pemantau asing bagi memastikan perjalanan Pilihan Raya
Umum ke-13 (PRU 13) telus dan adil.
“Kita akan terus tekan dan tuntut perkara ini, dan akan ada tindakan
susulan,” kata Ketua Sekretariat Pilihan Raya KEADILAN, Zakaria Abdul
Hamid.
Beliau mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerima
pemantau asing bagi membuktikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telus dan
tidak menipu semasa PRU nanti.
Semalam, SPR dalam pengumumannya menyatakan telah mengenalpasti 18
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan untuk menjadi pemantau pada PRU
13.
“Najib seolah-olah mengakui wujudnya kepincangan dalam SPR. Sebab itu
beliau tolak kerana takut tembelangnya pecah jika ada pemerhati dari
luar,” kata Zakaria.
Menurutnya, banyak bukti diserahkan kepada SPR berhubung penambahan pengundi di seluruh negara.
“Kepincangan seperti itu yang mereka tak mahu pemerhati luar nampak,” sambung beliau.
“Kita
yakin jika tiada penipuan, kita boleh menang. Jika Umno menang
sekalipun, kita tak mahu mereka menang dengan penipuan,” tegasnya.
Sebelum ini, Senator bebas Australia, Nick Xenophon mempersoal
tindakan kerajaan Malaysia yang takut dengan permintaan pemimpin
pembangkang untuk mempelawa pemerhati luar bagi memantau proses pilihan
raya.
Minggu lalu, Xenophon menyerahkan surat peribadi Ketua Pembangkang,
Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Menteri Luar Australia, Bob Carr
berhubung permintaan sebagai pemerhati bebas pada PRU 13.
Media kawalan Umno menggembar gemburkan tohmahan kononnya Australia
mahu campur tangan dalam urusan pentadbiran Malaysia sedangkan pemerhati
bebas bagi sesebuah pilihan raya amalan biasa mana-mana negara.
Ia berikutan Perdana Menteri enggan memanggil pemantau bebas dari
luar negara sedangkan ratusan ribu rakyat negara ini turun ke jalan raya
menuntut pilihan raya yang bebas dan adil.
Sebaliknya, Najib secara sembrono menuduh permintaan Anwar untuk
mempelawa pemerhati bebas semasa pilihan raya sebagai meminta Australia
campur tangan dalam sistem pentadbiran./KeadilanDaily
Hanya dengan modal sekali RM25 anda berpotensi mendapat RM10,000 dalam masa 5 minggu sahaja!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...