KUALA LUMPUR 27 November: Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia
(SAMM), Badrul Hisham Shaharin menyifatkan kes rasuah pembelian kapal
selam Scorpene yang sedang dibicara di Mahkamah Perancis adalah ‘bapak’
kepada semua kes jenayah di Malaysia.
Beliau
yang dikenali Chegu Bard berkata, kes itu melibatkan Kerajaan Malaysia,
rasuah, pembunuhan, pembaziran dan penyalahgunaan kuasa dan oleh kerana
itu rakyat perlu tahu mengenainya.
“Rakyat perlu tahu kerajaan bazirkan RM5 bilion, itu belum termasuk
kos-kos lain yang tidak diambil kira, semua menjadikannya lebih RM7
bilion dalam urusniaga pembelian Scorpene ,” katanya.
“Sebab itu pelbagai usaha kita buat agar rakyat celik tentang isu
ini, termasuk membawa masuk peguam dari Perancis ke Parlimen, namun
akhirnya dihalang kerajaan,” jelasnya kepada kepada Keadilan Daily
dalam program tayangan secara langsung taklimat Scorpene yang dibawakan
oleh SAMM di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH)
tengahari tadi.
Taklimat itu yang sepatutnya diadakan di Parlimen Malaysia terpaksa
diubah ke Changi Singapura berikutan halangan oleh Menteri Dalam Negeri,
Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri
Pandikar Amin Mulia.
Sesi taklimat oleh Apoline Cagnate, rakan kongsi dari firma peguam Perancis, William Bourdon itu berlangsung dua jam.
SAMM dan kerjasama dari Suara Rakyat Malaysia (Suaram) sebelum ini
komited memberi pendedahan berhubung kes itu kepada masyarakat pedalaman
dengan mengadakan ceramah dan jelajah.
“Puak-puak Umno kemudian membuat pelbagai cerita kononnya tidak ada
perbicaraan tentang kes itu di Perancis. Tapi bila kita nak bawa masuk
(peguam) untuk jelaskan, mereka (kerajaan) takut pula nak bagi (masuk),”
kata beliau.
Sehubungan itu, menurutnya, SAMM akan melancarkan buku bertajuk
‘Antara Dua Razak, Dua Scorpene dan Satu Mongolia’ pada bulan depan.
“Dalam buku tersebut ada semua dokumen lengkap dan telah disahkan mengenai pembelian kapal selam itu.
“Jadi komitmen kita ialah turun kepada rakyat dan memudahkan pemahaman mereka,” jelas Ketua KEADILAN Cabang Rembau itu./KeadilanDaily
KUMPULAN BAKAL JUTAWAN ONLINE V1FUEL BOOSTER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...