Hindraf dan Anwar akhirnya bertemu
Buat pertama kali sejak penubuhannya, Hindraf telah secara rasmi bertemu dengan pemimpin utama PKR, termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk membincangkan isu-isu yang melibatkan masyarakat India.
Delegasi Hindraf diketuai oleh pengerusi pergerakan itu, P
Waythamoorthy (kanan), yang dilihat mempunyai hubungan yang lebih selesa dengan Pakatan Rakyat, berbanding dengan abangnya, Uthayakumar.
Uthayakumar merupakan pemimpin de facto gerakan itu semasa ketiadaan Waythamoorthy yang tinggal dalam buangan sejak sejak Disember 2007 dan kembali ke tanahair pada 1 Ogos.
Uthayakumar juga telah menubuhkan Parti Hak Asasi Manusia, yang mahu bertanding di kerusi yang kini diwakili Pakatan.
Bercakap kepada Malaysiakini kemudiannya, Waythamoorthy berkata pertemuan itu berlangsung hampir dua jam dan turut melibatkan antara lain, Naib Presiden Tian Chua dan bekas naib presiden R Sivarasa.
Waythamoorthy berkata walaupun belum ada sebarang persetujuan
dicapai "lagi", tetapi menegaskan bahawa perbincangan tersebut "berhasil".
"Terdapat keinginan jelas bahawa PKR ingin bekerja dengan Hindraf," tambah penasihat kebangsaan Hindraf, N Ganesan (atas), yang turut menghadiri pertemuan tersebut./MalaysiaKini
JIHAD EKONOMI SERTAI NOW!!.... CEPAT TERKINI!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...