Katanya, tindakan tentera rejim Yahudi memusnahkan kawasan penempatan Palestin yang tertinggal, satu pelanggaran undang-undang antarabangsa dan ibarat satu tindakan membunuh.
"Kami mengecam tindakan kejam ini dan mahu masyarakat antarabangsa melakukan apa sahaja untuk menghentikan keganasan.
"Tindakan mengebom yang berterusan dan memanggil 75,000 askar simpanan satu langkah mengancam keamanan dan kestabilan di rantau ini," kata Anwar dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini merujuk kepada tindakan ketenteraan Israel ke Gaza sejak Rabu lalu.
Anwar mengulangi pendirian Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Mesir, Mohammed Morsi bahawa kesan serius akan tercetus jika Israel meneruskan tindakan ketenteraan dengan serangan dari darat.
Sehubungan itu, Anwar menggesa Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama bertindak segera dalam konflik terbaru ini.
"Kesemua negara yang mencintakan keamanan harus mengambil pendirian moral yang jelas dalam isu ini dan mengenakan tekanan ke atas Israel agar menghentikan tindakan kejam, tidak berperikemanusiaan dan menindas," kata beliau lagi./SinarHarianOnline
Bisnes Online Terkini!!! http://www.step2rich.net/bestnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...