Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng
 
KUALA LUMPUR - DAP hari ini mengulangi  pendirian calon Perdana Menteri apabila menang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) adalah seperti yang telah disepakati Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pihaknya telah bersepakat dalam memilih calon Perdana Menteri iaitu Anwar sendiri dan tiada perubahan dalam keputusan itu setakat ini.

Menurutnya, PR telah mempunyai kesepakatan dalam pemilihan calon pihaknya dan isu siapa menjadi Perdana Menteri tidak perlu dibangkitkan lagi.

"DAP tidak mempunyai calon sebagai Perdana Menteri walaupun Pas dan PKR telah mempunyai calon.

"Kita telah sepakat mengatakan Anwar menjadi Perdana Menteri, jadi kalau ada parti lain ada mahu mencalonkan pemimpinnya, itu terpulang.

"Apa yang penting,  keputusan antara pemimpin yang sepakat memilih Anwar sebagai Perdana Menteri apabila PR berjaya menawan Putrajaya dan tiada perubahan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini./SinarHarianOnline

 KUMPULAN BAKAL JUTAWAN ONLINE.. BERMINAT DAFTAR SEKARANG!!