Pages - Menu

Pages - Menu

Selasa, Oktober 09, 2012

Terkini!!!!!!! Pemimpin Hindraf sertai KEADILAN


PETALING JAYA 9 Oktober: Pemimpin Hindraf yang berpengaruh di kalangan masyarakat India, S Jayathas secara rasmi menyertai KEADILAN.

Pengumuman itu dibuat pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini, hari ini.
Borang keahlian diserahkan kepada Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar dan disaksikan Ahli Biro Politik, Sivarasa Rasiah.
Jayathas sebelum ini memegang jawatan sebagai Ketua Penerangan Human Right Party (HRP).
Naib Presiden, N Surendran yang hadir sama menyifatkan, penyertaan Jayathas sebagai bonus kepada Pakatan Rakyat dalam mengukuhkan sokongan kaum India.

“Ini perkembangan penting untuk KEADILAN kerana Jayathas memiliki pengaruh kuat di kalangan masyarakat India.
“Beliau menyertai KEADILAN kerana percaya keadilan hak kaum yang turut dikongsi dalam Pakatan,” katanya.

Kata Surendran, penyertaan Jayathas memberi tamparan hebat BN, khususnya parti yang kononnya mewakili kaum India-MIC, tetapi sering bergolak.
“Beliau yang lebih 20 kali ditahan polis merupakan pejuang sejati tanpa mengambil kira risiko yang diterimanya.
“Semua itu dibuatnya demi menentang kezaliman Umno BN yang giat menindas rakyat bawahan,” katanya./KeadilanDaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...