'Ingat bapak dia punya jet?'
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tidak menjadi kesalahan
baginya dan pemipin Pakatan Rakyat untuk menggunakan jet dalam program
bertemu rakyat.
Dalam ucapannya ketika bertemu sekumpulan
penduduk di Puchong, Anwar secara berseloroh berkata langkah itu juga
boleh mengelakkan daripada serangan menggunakan cat dan batu.
"Kita
naik bas kena baling cat. Naik kereta kena baling batu. Jadi kita naik
jet. Biar mereka tak boleh baling batu. Kalau baling, kena muka mereka
balik.
"Memang ada syarikat yang bagi pinjam. Dulu tak bagi.
Sekarang bagi sebab dia tahu kita akan menang. Sekarang ada lima
syarikat yang nak bagi pinjam," katanya.
Kenyataannya itu bagi mengulas isu jet yang digunakannya ketika program Jelajah Merdeka Rakyat ke Sabah pada bulan lalu.
Isu
berkenaan dilaporkan dengan meluas dalam media pro-BN dan dijadikan
modal dalam kempen ceramah pemimpin pro-BN – dengan jolokan "Buyjet
(Beli jet)" – sebagai sindiran untuk mempertikai belanjawan alternatif
Pakatan.
"Seolah-olah dosa besar naik jet. Ingat bapak dia punya
jet?," kata Anwar lagi dalam majlis yang turut dihadiri oleh menteri
besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan beberapa orang anggota
exco negeri.
Dalam program bersama kira-kira 200 orang penduduk
itu, Anwar turut menerima borang keahlian PKR daripada penduduk kawasan
tersebut.
Kampung berkenaan merupakan antara tujuh lokasi sekitar
negeri Selangor yang dilawatinya hari ini dalam program Jelajah Merdeka
Rakyat Anwar.
Selain Desa Ayer Hitam, Anwar bersama kumpulan
pemimpin Pakatan itu akan mengunjungi Pantai Morib, Kuala Langat,
Banting, Klang, Ijok dan terakhir di Shah Alam.
Beliau juga
dijadualkan menghadiri Majlis Makan Malam Keadilan Selangor dan Ceramah
Merdeka Rakyat di perkarangan Stadium Melawati, Shah Alam./MalaysiaKini
BAGAIMANA JANA WANG DI BLOG USAHAWAN INTERNET..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...