Pakatan dakwa menteri 'tidur'
6 Oktober 2012
Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata, tindakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) tidak dapat diterima apabila hanya akan mengambil tindakan jika laporan dibuat.
“SSM tidak perlu menunggu laporan dibuat kerana sudah mempunyai rekod syarikat berkaitan. Ini jawapan paling malas daripada mulut menteri.
“Bukan kerja orang awam untuk cari syarikat yang bersalah,” katanya di lobi Parlimen, kelmarin.
Menurutnya, kenyataan Ismail Sabri bahawa beliau baru tahu dakwaan terhadap National Aerospace and Defence Industries (Nadi) dan YGP Holdings tidak failkan akaun teraudit sejak 2006 dan 2007 tidak dapat diterima pihaknya.
Sebelum ini, Ismail Sabri dilaporkan buat kenyataan bahawa bukan hanya syarikat milik Suara Rakyat Malaysia (Suaram), tetapi kerajaan akan turut menyiasat, termasuk syarikat yang dikaitkan dengan Umno sekiranya mendapat aduan./SinarHarian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...