Serang Anak, Ahmad tertekan kata Mazlan
KUALA LUMPUR: Serangan Timbalan Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, Ahmad Maslan terhadap status Persatuan Anak Peneroka
Felda Kebangsaan (Anak) hanyalah isu yang dikitar semula.
Presiden
Anak, Mazlan Aliman berkata ia bukan isu terbaru yang dimainkan Ahmad,
sebaliknya sejak NGO itu ditubuhkan pada Nov 2007.
"Bukan perkara
baru. Setiap kali ada isu kritikal yang mereka tidak punya jawapan
atau hujah, mereka kitar semula tentang status Anak," tegas beliau
ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Enggan mengulas lanjut
soal status tersebut, Mazlan berkata Ahmad seharusnya melihat apa yang
dibawa Anak itu dalam konteks membawa kebaikan ataupun perubahan kepada
peneroka dan semua pihak.
"Bukan soal sah atau tidak, daftar atau
tidak. Tapi apa yang diperjuangkan Anak itu yang perlu diteliti dan
didengari. Itu yang lebih penting dari bercakap soal status," sindir
beliau sambil menyifatkan Ahmad seorang yang lekeh sebagai timbalan
menteri yang bertanggungjawab terhadap urusan Felda.
Tambah
Mazlan, sekiranya apa yang disentuh Anak selama ini tidak benar,
pihaknya bersedia jika Ahmad menganjurkan perbincangan, perdebatan
mahupun forum berkaitan.
Malangnya, kata Mazlan pelawaan pihak
Anak untuk berbincang dengan Ahmad tidak pernah dilayan, malah tidak
mendapat sebarang respons mengenainya.
Beliau yang baru pulang
dari negara jiran, Singapura, juga berkata beliau tertarik dengan
pentadbiran Singapura yang menggalakkan sebarang forum dan perbincangan
dengan badan NGO dn komuniti masyarakat.
"Seharusnya Malaysia
mengamalkan budaya itu dalam mencari kebaikan semua pihak, bukan hanya
membangkitkan soal status yang bagi saya hanya perkara remeh," tegas
beliau.
Tambah Mazlan, serangan Ahmad itu menunjukkan beliau
berada di dalam keadaan tertekan, sebagaimana yang dihadapi kerajaan
berkaitan skandal pembelian kapal selam Scorpene.
"Sebelum ini,
status Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dipertikaikan, sekarang Anak
pula. Semuanya akibat mereka sudah tertekan dan tiada jawapan untuk
rakyat," tegas beliau lagi./HarakahDaily
Bisnes Online Terbaru!!! Panas!!!! Pedas!!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...