Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan tarikh 27 Disember untuk
memutuskan kes saman fitnah oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar
Ibrahim ke atas akhbar Utusan Malaysia berhubung laporan mengenai
temubualnya dengan BBC.
Hakim Datuk VT Singham menetapkan tarikh
berkenaan untuk menyampaikan penghakimannya selepas seorang pengarang
berita kanan Utusan dan seorang wartawan memberi keterangan di mahakah
untuk membela akhbar milik Umno itu.
Anwar menamakan penerbit
Utusan Melayu (M) Bhd dan pengarang kumpulannya Datuk Abdul Aziz Ishak
sebagai defendan dalam saman tersebut.
Ketua umum PKR itu diwakili peguam N Surendran dan Latheefa Koya, sementara Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin mewakili Utusan./MalaysiaKini
Bisnes Online Terbaru!!! Panas!!!! Pedas!!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...