Pages - Menu

Pages - Menu

Khamis, Oktober 04, 2012

Jangan lagakan saya dengan MB - Azmin Ali

Azmin: Jangan lagakan saya dengan MB

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali hari ini meminta semua pihak, termasuk media tidak melaga-lagakannya dengan Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung dakwaan menteri besar itu akan ditukar.

Merujuk laporan Sinar Harian hari ini, Azmin mendakwa laporan yang memetik pandangannya tentang "peranan" Khalid di peringkat pusat disalah lapor oleh akhbar harian itu.

NONE"Saya faham Sinar Harian mungkin ada kepentingan tertentu. Tetapi jangan laga-lagakan saya dengan Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Saya selama ini patuh pada keputusan parti dan mendokong pentadbiran beliau," katanya ketika ditanya sama ada akan mengambil tindakan undang-undang kepada media itu.

Memetik Azmin (lihat gambar), Sinar hari ini melaporkan, Khalid mungkin dipindahkan ke pusat sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13.

Laporan itu menyebabkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali tampil menegur kenyataan itu yang menurutnya bersifat peribadi dan boleh mengelirukan orang ramai.

Manakala Khalid pula petang ini berkata, ia "bukanlah komen daripada Pakatan sebagai satu kumpulan".

Menjelaskan kenyataannya sebelum ini, Azmin berkata, beliau hanya menyebut peranan Khalid sebagai tokoh korporat untuk melaksanakan dasar-dasar dalam Buku Jingga.

"Saya tak sentuh langsung soal lantikan atau rombakan (kepimpinan)," katanya sambil mendakwa laporan yang dirujuk itu menyimpang dari topik perbincangan./MalaysiaKini

BERIKLAN SAMBIL BERNIAGA.... CEPAT TERKINI!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...