KUALA LUMPUR 27 Okt: Berdasarkan pengalaman kerajaan Turki, bekas
Pengerusi KEADILAN Terengganu, Abdul Rahman Yusof yakin situasi genting
ekonomi Malaysia boleh diselamatkan asalkan Pakatan Rakyat diberi mandat
memerintah.
Sebelum Parti Keadilan & Pembangunan Turki (Parti ARK) mengambil
alih kerajaan pada 2002, katanya, negara itu menanggung hutang hingga 74
peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
“Ia menyebabkan Turki mengalami keruntuhan mata wang pada 2000-2001,” katanya pada kenyataan media, hari ini.
Selepas
Parti ARK mengambil alih kerajaan pada 2002 dengan dipimpin Recep
Tayyip Erdogan, beliau berkata, Turki mencatat pertumbuhan luar biasa
pada kadar purata 6.8 peratus antara 2002–2008.
“Pada 2011, Turki mencatat pertumbuhan ekonomi tertinggi di dunia
pada kadar 8.49 peratus daripada KDNK yang dianggap sebagai keajaiban.
Sedangkan, beliau berkata, negara sekelilingnya seperti Greece, Sepanyol dan Itali berdepan krisis kewangan dan ekonomi.
“Rakyat Malaysia perlu menukar kerajaan demi masa depan yang gemilang seperti yang rakyat Turki alami sekarang,” katanya./KeadilanDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...