TANAH MERAH 2 Sept: Tidak ada bezanya penjajah dan pemerintah jika
mereka menjadikan rakyat seperti hamba pada zaman penjajahan, kata
Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution
Mengambil semangat nasionalis Kelantan, Tok Janggut, beliau berkata,
pejuang kemerdekaan itu sanggup mengorbankan dirinya untuk membela nasib
rakyat ditindas akibat kenaikan jenis cukai yang dikenakan penjajah
British.
Dalam konteks hari ini, katanya, rakyat perlu ‘ajar’ pemerintah iaitu
melalui pilihan raya bagi menamatkan penyelewengan, penipuan dan
penindasan kerajaan Umno BN.
“Tok
Janggut dianggap pemberontak dan memulakan perjuangan panjang menuntut
kemerdekaan. Dia dibunuh dan digantung secara terbalik di Padang Merdeka
untuk menakut-nakutkan rakyat supaya tidak melawan.
“Rakyat halau penjajah British bukannya untuk angkat penjajah baru.
Apa beza pemerintah hari ini dengan penjajah dulu, kalau teruskan
penindasan?
“Semangat Tok Janggut adalah isyarat supaya pemerintah jangan
sekali-kali bebankan hidup rakyat,” katanya pada ceramah Merdeka Rakyat
di padang Majlis Daerah Tanah Merah, malam tadi.
Memetik jawapan Parlimen, beliau menyifatkan kerajaan pimpinan Datuk
Seri Najib Razak mengamal pembaziran apabila kos bil elektrik Seri
Perdana, Putrajaya berjumlah RM12 juta manakala bil air RM 1.9 juta
setahun.
“Inilah isunya. Pembaziran dan salah guna,” katanya yang turut
mengingatkan rakyat Kelantan supaya menuntut kembali hak royalti minyak
di negeri itu./KeadilanDaily
ORANG ISLAM AYUH BERSATU!! SOKONG SILA KLIK!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...