PENANTI 3 September: Tindakan membaling kasut ke dalam masjid dan
menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika
menyampaikan tazkirah Maghrib membuktikan Umno BN sudah tidak boleh
membezakan antara rumah ibadat dengan tempat maksiat.
Ketua
Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin berkata, provokasi melampau oleh
samseng Umno ini membuktikan mereka terdesak untuk mengekalkan kuasa
yang semakin hilang menjelang pilihan raya umum.
“Tuduhan mengatakan Pakatan Rakyat akan menukar bendera negara adalah
antara provokasi yang mereka lakukan. Membaling kasut ke dalam masjid
di Seberang Pumpong juga terbukti bahawa mereka tak mampu membezakan
rumah ibadat dengan tempat maksiat,” kata Badrul yang lebih dikenali
sebagai Chegu Bard.
“Bertindak seperti Along membaling cat merah dalam banyak insiden
juga membuktikan mereka terdorong ke arah perlakuan melampau dan
ekstrim,” katanya pada ceramah KEADILAN di Taman Guar Perahu, Penanti,
Permatang Pauh semalam.
Hadir sama, Naib Presiden KEADILAN, Datuk Dr Mansor Othman dan artis Abby Abadi.
Keadilan Daily melaporkan, sekumpulan ahli Perkasa yang
bertindak ganas menyerang Anwar ketika menyampaikan tazkirah Maghrib di
Masjid Al-Husain di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah, semalam.
Samseng tersebut bertindak memadamkan lampu masjid dan alat
pembesar suara berulangkali, di samping mengeluarkan kata-kata kesat
serta membaling kasut ke dalam masjid ketika tazkirah disampaikan.
Kejadian serangan itu adalah insiden kedua selepas bas jelajah
Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan sehari
sebelumnya.
Mengulas lanjut, Chegu Bard berkata, mengekalkan Umno akan membawa
kemusnahan bukan sahaja kepada rakyat, malah mendatangkan musibah besar
kepada negara.
“Jika Umno dibiarkan berkuasa, banyak lagi kerosakan yang akan berlaku dalam negara, ” ujar beliau./KeadilanDaily
Komen : Jangan undi umno lagi...... jika tidak anda akan menyesal lima tahun akan datang..... ubah kerajaan baru yang adil lagi bersih......
#Susu Kambing Terkini!!!! Goat Milk... Dapatkan Segera!!!!!!!!!!!!
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...