KUALA LUMPUR 13 September: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar
Ibrahim akan menerima anugerah AMSS (UK) Lifetime Achievement Award 2010
(Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat 2010) daripada Association of
Muslim Social Scientists United Kingdom (AMSS UK).
Anugerah
itu diumumkan AMSS UK dalam satu kenyataan pada 5 Oktober 2010 dan ia
akan disampaikan Pengerusi AMSS UK, Dr Anas S Al-Shaikh-Ali pada 4
Oktober ini di universiti terkemuka, Paris Sorbonne University.
Memetik laman rasmi AMKSS UK di sini,
ia diberikan atas jasa dan sumbangan besar Anwar dalam bidang politik
dan pemikiran ekonomi, mempromosikan tata kelola yang baik dan komitmen
beliau pada prinsip keadilan dan toleransi.
Bersempena dengan anugerah itu, Anwar akan menyampaikan syarahan
bertajuk ‘Adakah Kebangkitan Arab (Arab Spring) berpotensi untuk menjadi
Kebangkitan Muslim?’.
Syarahan dianjurkan The Institute of International and Strategic
Relations (IRIS France), The Advanced Studies Research Centre (Belgium)
dengan kerjasama AMSS UK.
AMSS UK adalah pertubuhan tidak berasaskan keuntungan (non-profit
organization) berpangkalan di London dan komited kepada isu-isu tempatan
dan global melalui penyelidikan, persidangan dan penerbitan.
Antara tokoh penerima anugerah itu adalah Edward Said (ahli akademik,
penulis ‘Orientalism’), Mustafa Ceric (Mufti Besar Bosnia-Herzegovina),
Seyyed Hossein Nasr (ahli falsafah Islam) dan Martin Lings (sarjana,
penulis ‘Muhammad: His Life Based on the Earliest Sources’).
Dalam satu program berbeza, Anwar dijadual menyampaikan syarahan
bertajuk ‘Islam dan Kepelbagaian Budaya: Pengalaman Asia Tenggara’ di
University of Westminster, London pada 21 September ini jam 5.30 petang.
Syarahan itu dianjurkan Program Islam dan Demokrasi, Pusat Kajian Demokrasi, University of Westminster dengan kerjasama AMSS UK./KeadilanDaily
#Susu Kambing Terkini!!!! Goat Milk... Dapatkan Segera!!!!!!!!!!!!
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...