Pages - Menu

Pages - Menu

Selasa, September 04, 2012

DSAI Cabar!!! Peguam Negara

Anwar mohon ketepi pertuduhan bawah PPA

Harakahdaily Foto: SK, 03 Sep 2012

KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan permohonan mengenepikan pertuduhan di bawah PAA, untuk didengar di Mahkamah Tinggi.

Pemohonan itu dikemukakan melalui peguam yang mewakilinya Karpal Singh.

Ianya dibuat kerana berpendapat kes bawah Seksyen 4(1)(c) PAA di luar bidang kuasa Mahkamah Sesyen dan berkaitan kebebasan berhimpun yang digariskan dalam Perkara 10 (1) Perlembagaan Persekutuan

Mahkamah menetapkan 13 September untuk mendengar bantahan pasukan pendakwaan untuk terhadap permohonan memindahkan kes itu.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Ketua Pembangkang itu juga mempersoal tindakan Peguam Negara yang beberapa kali meminda pertuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) terhadapnya serta dua lagi pemimpin PKR berkaitan Himpunan Bersih 3.0.

Beliau berkata, pindaan tersebut membuktikan Peguam Negara gopoh dalam melakukan pendakwaan dan hanya mengikut arahan politik pimpinan Umno BN.

“Belum lagi bicara sudah dua kali pinda, pindaan dari segi teknikal, hukuman dan macam-macam lagi. Inilah bila Peguam Negara hilang kewibawaan profesionalisma dan menjadi alat politik murahan Umno BN.

“Pertuduhan sebegini penting pun boleh beberapa kali pinda. Pertuduhan untuk Anwar Ibrahim ada saja yang silap. Tak tahu sebab apa, mungkin sebab ‘gelap mata’,” katanya dipetik Keadilandaily.

Beliau hadir bagi memfailkan permohonan mengetepikan pertuduhan di bawah PAA, untuk didengar di Mahkamah Tinggi kerana kes bawah Seksyen 4(1)(c) PAA di luar bidang kuasa Mahkamah Sesyen.

Anwar dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4 (2)(c), Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(3) Akta yang sama.

Turut dituduh di bawah akta yang sama, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin.

Bagi pertuduhan kedua, ketiga-tiga mereka dituduh di bawah Seksyen 118 dibaca bersama Seksyen 109 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan (Akta 574).

Manakala untuk pertuduhan ketiga, mereka dituduh mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan kononnya bersubahat memecahkan benteng ketika perhimpunan Bersih 3.0.

Komen : Peguam Negara UmnoBN sudah Gila Babi!!!!!!!!!! 

ORANG ISLAM AYUH BERSATU!! SOKONG SILA KLIK!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...