Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin mengemukakan permohonan
untuk mengetepikan tiga tuduhan terhadapnya berkaitan perhimpunan BERSIH
3.0 atas alasan semua tuduhan itu lemah.
Badrul Hisham, 34,
yang juga dikenali sebagai 'Chegubard', memfailkan permohonan itu di
pejabat pendaftar Mahkamah Sesyen di sini melalui Tetuan S. N. Nair
& Partners.
Badrul Hisham menamakan pendakwa raya sebagai responden.
Badrul
Hisham dituduh bersama penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan
timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali pada 2 Julai dan 22 Mei
berkaitan perhimpunan BERSIH 3.0.
Pada 2 Julai, Badrul Hisham
mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan bersubahat dengan R. Tangam, G.
Rajesh Kumar dan Farhan Ibrahim melanggar perintah Majistret Zaki
Ashraf Zubir bertarikh 26 April, yang melarang sebarang perhimpunan
diadakan di kawasan Dataran Merdeka antara 28 April dan 1 Mei.
Pada
22 Mei, dia mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menyertai protes
jalanan yang melanggar perintah dikeluarkan Zaki Ashraf, yang melarang
sebarang perhimpunan diadakan di Dataran Merdeka antara 28 April dan 1
Mei./MalaysiaKini
Minyak Panas Power!!!!! Tak Cuba, Tak Tahu... Cuba lah Sekarang!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...