Pages - Menu

Pages - Menu

Rabu, September 05, 2012

Berita Wajib Dengar!!! Terbaik!!! Untuk Rakyat Menilai.

Debat Anwar-Najib cara terbaik leraikan politik ganas

KUALA LUMPUR 5 September: Debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak perlu diteruskan kerana ia merupakan langkah terbaik meleraikan kecelaruan politik semasa, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.

“Dengan cara ini, rakyat dapat dididik dengan budaya politik beraras tinggi, intelektual dan bertamadun.
“Namun demikian, kita amat kecewa kerana Najib bersungguh-sungguh ingin mengelak ia berlaku atas alasan yang begitu dangkal dan remeh,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas insiden provokasi oleh pendesak Melayu Perkasa di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar, Ahad lalu ketika Anwar menyampaikan tazkirah.
“Tindakan agresif dan ganas mereka semasa Anwar sedang menyampaikan tazkirah ringkas adalah di luar batas susila bangsa Melayu dan Islam,” tegasnya.

Pengerusi KEADILAN Perak itu berkata, provokasi tersebut merupakan rentetan dari siri politik ganas samseng Umno, sebagai manifestasi dari tekanan dan kekecewaan apabila menyedari mereka gagal menyekat sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat untuk menghadapi PRU ke 13 akan datang.

“Keputusan PRU-12 yang lalu benar-benar mengejutkan Umno. Lantaran begitu tertekan, mereka hilang kerasionalan dan kematangan politik, hinggakan pemimpin tertingginya pernah melafazkan ikrar akan mempertahankan Putrajaya dengan apa cara sekalipun,” jelasnya.

“Demi mencapai matlamat ini, Perkasa salah satu instrumen yang digunakan,” kata Muhammad Nur.
Beliau berkata, perbezaan pandangan dan pendirian politik adalah suatu yang fitrah.

“Justeru, kita  menyeru agar semua aktivis politik tanah air terutama para pendokong Umno dan BN agar bersama meneruskan perjuangan kita membela rakyat secara secara sihat, matang dan bertamadun,” katanya.

KEADILAN juga menyeru agar pihak berkuasa keselamatan negara turut memberi sokongan dalam menjayakan hasrat murni mengukuhkan amalan budaya politik aras tinggi.
“Justeru, kita menuntut agar pihak keselamatan segera bertindak secara tegas dan drastik demi membanteras budaya politik ganas dan samseng yang sedang berleluasa,” kata beliau./KeadilanDaily

Komen : Najib sekarang sudah x ada telorrr!!!!! Rakyat harus sedar!!! jangan lagi beri undi walaupun 1 undi pada PRU13 ini..... Siapa yang beri undi kepada umnoBN... aku katakan orang itu ialah orang bodoh, bangang dan tiada akal yang Waras!!!!!!!!!!!

ORANG ISLAM AYUH BERSATU!! SOKONG SILA KLIK!!

3 ulasan:

  1. Jam Omega masih jadi misteri cina doll masih dicari kembar Anwar tengah balun pelacur sudah dikenalpasti ...bagaimana nak jadi Perdana Menteri

    BalasPadam
  2. Alamak ada syaitan najib terlepas pula kat sini.....kesian kah kah kah kah.....

    BalasPadam
  3. yg syaitan umno tu masih dibawah kangkang lembu ijat..minda dia dah tertutup utk kebaikan rakyat diMalaysia...kami nak tumbangkan umno mereputbusuk tu dlm PRU13 ni..

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...