Pages - Menu
▼
Pages - Menu
▼
Selasa, Ogos 21, 2012
Umno takut keakraban PAS-DAP - Anwar Ibrahim
PERMATANG PAUH: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Umno BN sangat takut dengan keakraban komponen parti dalam pakatan rakyat khususnya antara PAS dan DAP.
Menurutnya, selagi keakraban antara parti-parti ini kuat, selagi itu Umno BN takut untuk mengumumkan tarikh pilihan raya.
Sebab itu katanya, Umno BN sekarang ini sedang sedaya upaya cuba memecahbelahkan kedua-dua parti ini dengan memainkan pelbagai isu yang boleh menimbulkan pertentangan.
"Umno BN menanti perpecahan dalam Pakatan rakyat diantara DAP dengan PAS atau PKR baru mereka dapat menyusun semula strategi sepertimana lazimnya.
"Berbagai isu dicanangkan namun tidak merosakan benteng antara DAP dan PAS. Itulah kekuatan kita yang terjalin atas sikap tanggungjawab terhadap kestabilan negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di rumah terbuka Aidil Fitri Parlimen Permatang Pauh dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti di halaman Pejabat Pusat Khidmat Dun Penanti semalam.
Tambah beliau lagi, pemimpin Pakatan Rakyat tidak perlu untuk mengikut 'tarian' perkauman Umno BN sebaliknya melipat gandakan usaha mewujudkan suasana harmoni kalangan kaum.
Jika kita tidak melatah katanya, apa isu yang dibangkitkan Umno BN akan mati begitu sahaja.
"Biarkan Umno BN menari seorang dengan berbagai gaya, kita jangan ikut sebaliknya memerhati dengan serius mudah-mudahan mereka letih sendiri.
"Pakatan Rakyat teruskan usaha mendekati rakyat di samping kemaskan jentera di semua peringkat, " tegasnya./HarakahDaily
Minyak Panas Power!!!!! Tak Cuba, Tak Tahu... Cuba lah Sekarang!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...