KUALA LUMPUR 6 Ogos: Perdana Menteri dituntut menjelaskan segera wang
royalti minyak kepada kerajaan Kelantan sebelum Parlimen dibubar tanpa
perlu menubuhkan jawatankuasa khas, kata Ahli Dewan Undangan Negeri
(Adun) Guchil, Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria.
“Kalau
Datuk Seri Najib (Razak) ikhlas, berikan sahaja wang royalti kepada
rakyat Kelantan, selesai masalah. Malangnya beliau hanya bermain politik
dengan mewujudkan pula jawatankuasa khas.
“Bagi kami, jawatankuasa ini tidak perlu kerana perjanjian bertulis
mengenai pembayaran ini sudahpun wujud sejak 12 Disember 1975 iaitu di
zaman Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri,” katanya dihubungi Keadilan Daily.
Sabtu lalu, Najib mengumumkan akan membentuk jawatankuasa khas bagi
mengkaji isu bayaran tunai hasil petroleum kepada negeri-negeri Pantai
Timur Semenanjung.
Menurut Najib, jawatankuasa itu akan dipengerusikan bekas Ketua Hakim
Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan akan dianggotai oleh pakar
undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri
Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri
berkenaan.
Najib berkata, jawatankuasa itu akan membuat satu kajian menyeluruh
dalam tempoh masa enam bulan dari tarikh penubuhannya dengan mengambil
kira semua aspek tuntutan dan akan membuat syor yang sesuai kepada
Kerajaan Persekutuan.
Zamri turut menyokong kenyataan Menteri Besar (MB), Datuk Nik Abdul
Aziz Nik Mat yang mahu Najib memendek tempoh kajian jawatankuasa itu
mengenai pembayaran hasil petroleum dari enam bulan kepada tiga bulan.
Katanya, keengganan Perdana Menteri membuktikan Presiden Umno itu
sengaja bertindak demikian demi kepentingan sempit politiknya menjelang
pilihan raya umum akan datang.
“Tubuh jawatankuasa ini hanya helah politik Najib menjelang PRU
kerana enam bulan itu merujuk kepada tempoh Parlimen dibubarkan, maka
kita sokong kenyataan MB agar tempoh kajian jawatankuasa hanya tiga
bulan.
“Apa yang penting bagi rakyat Kelantan, wang royalti itu harus segera
disalur kepada kerajaan negeri bagi memastikan pembangunan segera boleh
dilakukan,” kata Zamri lagi.
Sejak Umno BN tumbang di Kelantan pada 1990 hingga kini, parti itu
terus menekan dan menafi hak rakyat negeri itu dari pelbagai sudut
termasuk enggan membina lebuh raya walaupun ia dijanjikan Kerajaan
Persekutuan./KeadilanDaily
#Susu Kambing Terkini!!!! Goat Milk... Dapatkan Segera!!!!!!!!!!!!
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!
Rakyat berhak merasa hasil bumi sendiri.
BalasPadam