Penasihat ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau
sendiri memantau pentadbiran di negeri itu dan sehingga kini sangat
berpuas hati dengan pentadbiran Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim.
"Saya
tidak mendiamkan diri. Tadi saya bertemu menteri besar, minggu lepas
juga saya ada bincangkan hal-hal melibatkan beberapa keputusan
(peringkat negeri).
"Tetapi saya harus menerima dan juga
mengiktiraf kedudukan menteri besar dan kewibawaan beliau dan pimpinan
kerajaan negeri," kata Anwar selepas solat terawih di kediaman menteri
besar Selangor malam tadi.
Beliau berkata demikian sebagai
mengulas gesaan Noh supaya Khalid meletak jawatan jika gagal mengambil
alih Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menjelang September
nanti.
Menurut Anwar, 'serangan' yang diterima pentadbiran Khalid
dari Umno di negeri itu masih mampu ditangani Khalid selaku menteri
besar.
"Saya berikan pandangan, laporan sampai kepada saya, saya
bincang dan saya tak anggap ada apa-apa yang begitu serius sehingga
boleh mencabar keutuhan kerajaan negeri Selangor.
"Setakat ini kita boleh tangani dengan baik. Dia diserang, sekarang ini kita tumpu di Sabah," kata Anwar.
Dalam
perkembangan lain, Anwar berkata Pakatan Rakyat akan membincangkan
penyelarasan sambutan kemerdekaan peringkat negeri-negeri Pakatan yang
berlangsung serentak dengan sambutan 'Janji Bersih' anjuran 26 NGO
bersama BERSIH.
"Pakatan Rakyat ada dimaklumkan dan setakat ini kami memutuskan untuk adakan sambutan kemerdekaan di Shah Alam.
"Saya harus lihat bagaimana kita boleh selaraskan perkara ini," kata Anwar.
Perhimpunan
'Janji Bersih' dijadualkan berlangsung di Dataran Merdeka pada 30 Ogos
depan untuk mengingatkan kerajaan tentang janji-janji untuk
mereformasikan sistem pilihan raya./MalaysiaKini
#Susu Kambing Terkini!!!! Goat Milk... Dapatkan Segera!!!!!!!!!!!!
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...