KUALA LUMPUR 8 Ogos: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim
akan menjadi ahli politik Malaysia yang pertama menjadi tuan rumah
kepada Google Hangout selepas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama
melalui program ‘Borak Bersama Anwar’.
Program yang berkonsepkan chat secara langsung di YouTube itu ditetapkan pada 17 Ogos, jam 10.30 malam.
Menurut Penyelaras Program Pejabat Ketua Umum itu, Najwan Halimi,
program tersebut merupakan sesi untuk Anwar berborak secara santai
melalui media sosial, dalam usaha mendekati rakyat terutama anak muda.
“Tercetusnyanya idea ini juga kerana kepayahan Anwar untuk mendapat
akses kepada media arus perdana, jadi kita ambil jalan alternatif agar
beliau dapat berinteraksi bersama golongan muda,” jelasnya.
“Google Hangout ini merupakan program yang membolehkan Anwar bersama 9
lagi panel beinteraksi melalui Youtube dan disaksikan penonton seluruh
dunia,” kata Najwan ketika dihubungi.
Orang ramai digalakkan untuk menghantar soalan video mereka melalui
YouTube dan berkongsi pautan pada facebook atau laman acara Google Plus.
Soalan dan nota yang dihantar akan diteliti untuk menentukan topik
pada malam itu. Individu yang mengutarakan soalan menarik juga akan
dijemput menjadi panel dan bersiaran secara langsung bersama Anwar pada
malam itu.
Mereka yang berminat boleh menghantar soalan melalui laman acara
Google Plus ‘Borak bersama Anwar’; laman Youtube ‘anwarhangout’ atau
facebook ‘Borak Bersama Anwar’./KeadilanDaily
#Susu Kambing Terkini!!!! Goat Milk... Dapatkan Segera!!!!!!!!!!!!
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!
Terima kasih infonya
BalasPadambagus
BalasPadamgood good good
BalasPadamsaya setuju menggunakan teknologi..
BalasPadam