KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Satu daripada sepuluh pengundi dalam
pilihan raya umum (PRU) akan datang adalah pengundi kali pertama dan di
mana mereka bersandar akan menentukan siapa yang mengambil Putrajaya.
Penentuan takdir Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) sudah terkunci dalam perebutan mendapatkan sokongan menjelang pilihan raya akan dating — dikatakan sebagai ibu segala pilihan raya.
Penganalisis politik dan pemerhati mengatakan golongan atas pagar — terutama wanita yang bekerja di rumah dan pengundi muda — akan menjadi penting dalam menentukan keputusan pilihan raya, perlu diadakan selewat-lewatnya pada April 2013.
“Mereka (pegundi atas pagar) akan menentukan siapa bakal menang atau kalah oleh kerana terdapat jumlah besar kerusi (dalam PRU lalu) dimenangi dengan margin kecil,” kata Ibrahim Suffian dari Merdeka Center.
Sehingga akhir tahun lepas, bilangan pengundi yang layak telah berkembang daripada 10.9 juta pada 2008 kepada 12.2 juta rakyat Malaysia, peningkatan sebanyak 1.3 juta. Jumlah pengundi akan bertambah jika pilihan raya diadakan pada tahun hadapan.
Rabu lalu, DAP dilihat sebagai yang pertama melihat kepentingan pengundi baru apabila mereka melancarkan kempen nasional bagi menggalakkan pendaftaran pengundi.
DAP berkata mereka akan membuat satu usaha terakhir bagi mendaftarkan lebih ramai pengundi baru dalam usaha untuk mengatasi kelebihan tipis dalam undi popular BN menangi berbanding PR pada PRU 2008.
BN memperolehi 4.08 juta undi pada tahun 2008 berbanding dengan PR 3.79 juta undi — perbezaan sebanyak 290,000 undi — dan pembangkang persekutuan berharap pengundi baru pada pilihan raya akan datang boleh membantu menambahkan baki ke arah parti PR, terdiri daripada DAP, PAS dan PKR.
DAP berkata kempen pendaftaran pengundi di seluruh negara akan bermula sebelum 15 September, dengan jangkaan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan memanggil PRU pada bulan Januari.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), masih terdapat 3.3 juta pengundi tidak berdaftar.
Menurut Ibrahim, pengundi baru terdiri daripada dua kumpulan besar iaitu orang muda dan wanita yang bekerja di rumah.
“Pengundi atas pagar cenderung sama ada sangat berpengetahuan atau orang-orang yang kurang berpengetahuan,” kata beliau kepada The Malaysian Insider baru-baru ini.
Kata beliau, yang berpengetahuan masih “ragu-ragu” kepada BN, tetapi “tidak begitu mesra” kepada PR.
Ibrahim berkata bahawa “wanita yang tidak menjadi tenaga kerja ... cenderung untuk kurang terdedah kepada perkembangan politik atau sebaliknya (mendapatkan) pandangan berat sebelah ... sukar untuk mendapatkan maklumat alternatif.”
Tambah beliau lagi, pengundi atas pagar akan menjadi lebih penting di kawasan separa bandar atau luar bandar oleh kerana majority penduduk bandar menyokong PR.
Ekonomi akan kekal menjadi kebimbangan utama Malaysia, Ibrahim berkata faktor lain yang boleh mempengaruhi pengundi adalah pilihan calon dan cara kempen pilihan raya dijalankan.
Anuar Mohd Nor, pengarah eksekutif Institut Kajian Asas Kemasyarakatan (INSKA), berkongsi pandangan Ibrahim bahawa “adalah penting bagi kedua-dua BN dan PR untuk mengiktiraf golongan atas pagar”.
“Kedua-dua BN dan PR memberi tumpuan kepada golongan atas pagar terutama pengundi muda,” kata Anuar sambil menambah bahawa kaedah kempen mereka telah berubah.
Beliau berkata bahawa kedua-dua pihak telah menyesuaikan kempen mereka untuk merapati “generasi baru”, termasuk penggunaan meluas Internet dan muzik.
Apabila ditanya jika usaha baru-baru ini BN akan mempengaruhi pengundi muda, beliau menegaskan bahawa “setiap kebaikan mempunyai tarikh luput” oleh kerana orang akan lupa apakah langkah-langkah telah diambil.
Beliau berkata, mereka sebaliknya akan membuat keputusan “mengenai isu-isu semasa terutama apabila ia menyentuh tentang kehidupan harian mereka” walaupun sehampir dua minggu sebelum tarikh pilihan raya.
Tetapi Anuar berkata, kedua-dua pihak perlu “bekerja melalui dasar-dasar sekarang” dan tidak memberikan penyelesaian hanya apabila pilihan raya semakin hampir, memetik Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dari BN — skim mana satu pembayaran RM500 setiap satu telah diberikan kepada mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah yang rendah.
Kedua-dua penganalisis bersetuju bahawa isu-isu “rasuah dan integriti” akan mengalihkan undi di kalangan pengundi muda, dengan Anuar menyatakan untuk mendedahkan skandal oleh BN dan PR.
Pentadbiran Najib telah mensasarkan belia dengan menganjurkan Perhimpunan Satu Juta Belia di Putrajaya pada Mei dan baru-baru ini melancarkan program sukarelawan Belia 1Malaysia Untuk Anda (1M4U).
BN juga telah secara agresif meningkatkan aktiviti ruang siber dengan portal berita pro-BN dan peningkatan bilangan penyokong yang menyertai Twitter.
Populariti ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Internet adalah jauh di belakang Najib, dengan pengikut akaun Facebook beliau kurang tanda “suka” berbanding Najib.
Pengikut Twitter Najib juga lebih banyak daripada Anwar.
Dalam usaha untuk menarik pengundi muda yang celik Internet, Anwar menganjurkan live chat di Google Hangout baru-baru ini, pertama bagi ahli-ahli politik di Malaysia dan Asia Tenggara./TheMalaysiaInsider
Minyak Panas Power!!!!! Tak Cuba, Tak Tahu... Cuba lah Sekarang!!!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...