Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membuat pengumuman
berhubung perkembangan yang berlaku di Sabah dalam kunjungannya ke dua
kawasan yang dikuasai BN di negeri itu hujung minggu ini.
"Perkembangan
di Sabah menggalakkan, program berterusan akan ditingkatkan di Sabah,"
katanya sambil menambah, beliau akan berada di Kota Belud dan Kota
Marudu pada 12 Ogos.
Beliau berkata demikian ketika mengulas
mengenai gambaran yang diberikannya sebelum ini bahawa lebih banyak
"berita baik" akan dapat diperolehi daripada Sabah.
Dua orang MP
BN – Datuk Seri Wilfred Bumburing (Tuaran) dan Datuk Seri Lajim Ukin
(Beaufort) - mengumumkan peletakan jawatan daripada parti ketika lawatan
terakhir Anwar ke negeri itu, akhir bulan lalu./MalaysiaKini
#Susu Kambing Terkini!!!! Goat Milk... Dapatkan Segera!!!!!!!!!!!!
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...