PETALING JAYA 10 Ogos: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim
menuntut Perdana Menteri menyegerakan bayaran tunai royalti minyak
kepada Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Beliau berkata, Datuk Seri Najib Razak tidak perlu berdolak dalik kononnya mahu menubuhkan jawatankuasa khas mengkaji isu itu.
“Akta Pembangunan Petroleum 1974 jelas menetapkan Kerajaan Pusat
perlu membayar royalti kepada negeri-negeri yang mempunyai minyak,”
katanya.
Ketua Pembangkang itu berkata, sudah tiba masanya Petronas
mempertimbangkan pengagihan royalti yang seimbang berdasarkan projek
pendaratan minyak.
Beliau berkata, pengagihan royalti yang seimbang akan merancakkan pembangunan ekonomi negeri yang terbabit.
Penubuhan jawatankuasa itu diumumkan Najib bagi mengkaji isu bayaran tunai petroleum kepada negeri-negeri Pantai Timur.
Jawatankuasa itu dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Tan Sri
Abdul Hamid Mohamad dan dianggotai pakar undang-undang dalam dan luar
negara, wakil kerajaan Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan
Sultan negeri-negeri berkenaan./KeadilanDaily
#Susu Kambing Terkini!!!! Goat Milk... Dapatkan Segera!!!!!!!!!!!!
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!
bagi aja kan itu hak rakyat kelantan...if taraf jkkk kg ulu tembeling...buang masa dan abis duit rakyat lagi....bodoh!!!!
BalasPadam