BEAUFORT 14 Ogos: Barisan Nasional (BN) Sabah bakal menghadapi
situasi lebih getir selepas sambutan Aidilfitri berikutan tiga lagi
wakil rakyatnya akan meninggalkan parti itu.
Ahli Parlimen BN Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin menegaskan, mereka
akan berbuat demikian secara berperingkat-peringkat dalam beberapa bulan
lagi.
“Ini (keluar parti) bukan spekulasi atau desas-desus tetapi sesuatu
yang benar. Bagaimanapun kita tidak akan dedahkan secara terperinci
identiti mereka.
“Mereka akan umum keluar parti dan sokong Pakatan secara
berperingkat-peringkat selepas sambutan Aidilfitri sehingga Parlimen
dibubar,” katanya kepada Keadilan Daily.
Kata Lajim, seramai 18 daripada 35 Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian
Umno Beaufort turut menuruti langkahnya meletak jawatan dan mempromosi
Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang menyokong Pakatan.
“Beberapa lagi Ketua Cawangan Umno Sabah, bekas wakil rakyat dan pemimpin yang pernah menjadi menteri juga akan keluar parti .
“Pengumuman itu akan dilakukan pada masa sesuai,” katanya.
Lajim sebelum ini mengisytihar keluar BN, malah meletak jawatan
sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu, Ahli Majlis Tertinggi Umno
dan Pengerusi Umno BN Beaufort dan menubuhkan PPS yang menyokong
Pakatan.
Pada 30 Julai lalu, Lajim digugur dari jawatan Timbalan Menteri
Perumahan dan Kerajaan Tempatan manakala keahliannya dalam Umno akan
ditentukan kemudian.
Selain beliau, Ahli Parlimen BN-Tuaran, Wilfred Bumburing turut
keluar BN dan menubuhkan Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang menyokong
Pakatan.
Ini menjadikan gerakan menukar kerajaan negeri digerakkan dua
komuniti terbesar di Sabah iaitu Melayu-Islam melalui PPS dan
Kadazan-Dusun-Murut melalui APS.
ORANG ISLAM AYUH BERSATU!! SOKONG SILA KLIK!!
apa kena mengena islam ni? binggung..
BalasPadam