KUALA
LUMPUR 16 Ogos: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi ahli politik
pertama dari Asia Tenggara yang dipaparkan dalam acara Google Hangout,
kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Program julung kali di Malaysia bermula jam 10.30 malam ini boleh diikuti melalui pautan http://www.youtube.com/user/anwarhangout/featured
“Setakat ini, lebih 700 orang menandakan kehadiran mereka di laman facebook dan jumlah ini dijangka akan meningkat.
“Enam rakyat Malaysia akan muncul sebagai tetamu Google Hangout dari
rumah masing-masing. Mereka akan bergilir-gilir bertanya soalan.
“Sebanyak 40 peratus soalan dari ahli panel, 40 peratus (soalan
bertulis dari twitter dan facebook) dan 20 peratus (soalan ketika acara
berlangsung,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.
Orang
ramai boleh mengemukakan soalan melalui twitter dengan menggunakan
hashtag #BorakAnwar atau tulis di laman Google Plus Events iaitu http://is.gd/borakanwar dan facebook iaitu http://tiny.cc/borakanwar.
Program bual bicara secara langsung dari studio TV Selangor di Shah
Alam akan dikendalikan Pengarah Operasi Pejabat Setiausaha Agung
KEADILAN, Sharifah Shahidah.
“Acara ini santai, tidak formal. Soalan berkisar mengenai kehidupan
di rumah, tentang keluarga, sukan kegemaran. Juga soalan serius termasuk
polisi Pakatan Rakyat,” kata Nik Nazmi.
Sebelum ini, Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama dan Perdana
Menteri Australia, Julia Gillard turut menggunakan Google Hangout untuk
berinteraksi dengan rakyat.
Nik Nazmi berkata, ahli dan pemimpin KEADILAN perlu memanfaatkan
media sosial seperti facebook dan twitter secara optimum untuk
berinteraksi dengan rakyat.
“Sebanyak 80 peratus pengundi muda termasuk luar bandar menggunakan
media baru untuk berkomunikasi. Tapi, pertemuan dan dialog secara
langsung bersama orang ramai juga sama penting.
Beliau berkata, acara #BorakAnwar di Google Hangout malam ini hanya
permulaan yang bakal melibatkan lebih ramai pemimpin pada masa akan
datang.
Selain berkomunikasi secara langsung dan interaktif dengan pemimpin KEADILAN, katanya, arkib dalam Youtube boleh dirujuk untuk mendapatkan maklumat tawaran dan dasar Pakatan Rakyat.
“Program ini anjuran Biro Komunikasi. Ia melibatkan lebih ramai peserta termasuk di luar negara,” katanya./KeadilanDaily
Pil Untuk Lelaki Yang Lemah Tenaga Batin..Power!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...