Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tiada masalah
dengan cadangan Pulau Pinang untuk memperkenalkan enakmen antilompat
parti pada bulan November ini.
Menurut Anwar, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sendiri memaklumkan perkara itu secara peribadi kepada beliau semalam.
"Tiada masalah (dengannya). Ketua menteri sudah lapor pada saya
semalam," kata Anwar mengulas ringkas sewaktu ditemui di Shah Alam hari
ini.
Enakmen itu sebelum ini dilihat sesetengah pihak sebagai
tidak selari dengan tindakan Anwar meyakinkan dua ahli parlimen Sabah
keluar BN dan mengisytiharkan diri mereka mesra Pakatan.
Lim
yang juga setiausaha agung DAP semalam berkata, langkah memperkenal
enakmen itu di Pulai Pinang dengan sendirinya menjelaskan pendirian
mereka terhadap situasi di Sabah itu.
Menurutnya lagi, mana-mana
wakil rakyat yang mahu melompat parti perlu meletak jawatan dan mendapat
mandat baru dari rakyat. Bagaimanapun katanya, undang-undang sedia ada
tidak membenarkan perkara itu.
Sementara itu, Selangor bagaimana
pun belum membincangkan cadangan memperkenalkan undang-undang sama,
menurut exco negeri pelbagai parti Rodziah Ismail (PKR-Batu Tiga),
Ronnie Liu (DAP-Pandamaran) dan Dr Halimah Ali (PAS-Selat Klang).
"Kita belum bincang lagi undang-undang antilompat (di Selangor)," kata Rodziah./MalaysiaKini
#Susu Kambing Terkini!!!! Goat Milk... Dapatkan Segera!!!!!!!!!!!!
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...