Pages - Menu

Pages - Menu

Jumaat, Mac 02, 2012

Menteri Umno Biadap!!!!!!

Nazri Aziz menteri biadap dan melampau- AMK

KUALA LUMPUR, 1 Mac: Kenyataan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz yang menggelar Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti ‘Iblis’,  merupakan satu perbuatan biadap dan melampau, kata Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.

“Jika berbeza pendapat sekalipun atau tidak bersetuju dengan pihak lawan, kita sewajarnya berbahas dengan fakta dan hujah, bukannya mencaci atau mengeluarkan kenyataan biadab seumpama itu,” tegasnya.

“Kalau Nazri teruskan sikap seumpama itu, kita yakin ia  hanya akan mempercepatkan tumbangnya Umno-BN dalam PRU kali ini.
“Kenyataan beliau itu umpama menggali kubur untuk Umno,” katanya ketika dihubungi Keadilandaily.com hari ini.
Kenyataan Nazri semalam, timbul ekoran tuduhannya mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pro- Israel
.
Mengulas lanjut, Jonah berkata, Nazri sepatutnya berlaku adil kerana surat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada tiga pemimpin Israel, jelas membuktikan sikapnya yang hipokrit.
“Mahathir kata tiada hubungan diplomatik, tapi dalam diam-diam hantar surat pada tiga PM Israel mahu jalinkan hubungan, kan ini hipokrit namanya,” katanya sambil menambah isu itu sepatutnya diselesaikan menerusi perbahasan dan debat secara ilmiah.

Sementara itu, Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Azmizam Zaman Huri turut menyifatkan kenyataan Nazri sebagai biadap, malah mengaitkannya dengan perbuatan samseng dilakukan penyokong Umno sejak kebelakangan ini.
“Kenyataan Nazri membuktikan betapa teruknya perangai menteri yang menjadi pilihan Datuk Seri Najib Razak.
“Sangat biadab dan melampau apabila kenyataan keji seumpama itu dikeluarkan seorang menteri yang juga pemimpin tertinggi Umno,” tegasnya kepada keadilan daily.
Ini bukan kali pertama Nazri mengeluarkan kenyataan biadab dan menggunakan kata-kata kesat untuk menggelar pemimpin Pakatan Rakyat.

Pada 21 Jun 2007, misalnya, Nazri menjerit perkataan “otak bodoh”, “otak benak”, “bohong” dan kata-kata lain yang kasar terhadap Ketua Pembangkang ketika itu, Lim Kit Siang.
Malah pada 12 November 2007, Nazri sekali lagi mencaci Pembangkang dengan kenyataan ‘pembangkang sebagai pondan’./KeadilanDaily

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)  
 
 
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
Untuk Peminat Kopi Sahaja...Klik Sekarang!!

1 ulasan:

  1. Kalau tiada hubungan mengapa hantar surat ucapan tahniah kepada ke tiga tiga Perdana Menteri Yahudi Israel.Sepatutnya jangan layan negara Yahudi ini. Nak main wayang kulit, biarlah berpada2.Ke ini cara Mamak Kutty tiada hubungan?Mengaku sahaja, lebih baik daripada bawa ke kubor.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...