Seorang daripadanya merupakan bekas tahanan di penjara Israel selama lapan tahun bernama Muhammad As-Sabah manakala seorang lagi dikenali sebagai Mustafa Toib.
Kedua-dua pelajar itu berasal dari Gaza dan merupakan pemimpin biasa dalam pergerakan Hamas- sebuah pertubuhan yang sekian lama memperjuangkan kebebasan rakyat Palestin.
Ceramah itu akan berlangsung di Markas PAS, Pongsu Seribu, Kepala Batas bermula jam 9 malam pada 8 Mac ini.
Terdahulu sebelum itu, Anwar dijadual menghadiri solat dan tazkirah Maghrib di Surau Al Mukminun, Kota Giam, Jelutong dan majlis makan malam di Lebuh Pekaka 1, Sungai Dua, Gelugor.
Sejak kebelakangan ini, Anwar berdepan dengan tuduhan dari Umno yang memutarbelitkan kenyataannya dalam satu wawancara dengan Asian Wall Street Journal (AWSJ), berhubung jaminan keselamatan terhadap Israel.
Bagaimanapun, Anwar tegas menyatakan pendiriannya selari dengan pandangan pimpinan dunia Islam seperti menteri luar Arab Saudi, Putera Saud al Faisal dan pemimpin Jordan, Raja Abdullah.
Menurut Anwar, ia berdasarkan syarat yang ketat iaitu mendukung aspirasi rakyat Palestin, pengunduran tentera Israel dari tanah Arab, menghentikan keganasan dan memperakui kewujudan Palestin.
Di sebalik kelantangan Umno mengecam Israel, Anwar berkata kerajaan mendedahkan sikap hipokrit mereka apabila menjadikan Malaysia sebagai rakan dagang Israel ke 15 terbesar di dunia, dengan jumlah dagangan mencecah 667.6 juta Euro.
Baru-baru ini, kerajaan mendedahkan tiga surat yang ditulis oleh mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang disifatkan oleh pemimpin pembangkang, sebagai usaha Mahathir menjalinkan kerjasama dengan rejim Israel ketika era pentadbirannya./KeadilanDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...