“Dasar luar kerajaan adalah opportunist (mengambil kesempatan)” katanya merujuk kepada tindakan Umno BN menggunakan khidmat APCO, agensi perhubungan awam Yahudi yang bertentangan dengan prinsip dasar luar negara.
Menurutnya, kerajaan Umno BN tidak konsisten apabila cuba melabel Anwar sebagai pro-Israel tetapi pada masa sama tidak teragak-agak mengupah APCO untuk kontrak gubahan imej negara.
“Pelantikan APCO langsung tidak menjaga sensitiviti dasar luar kerajaan yang mengharamkan sebarang hubungan diplomatik antara Israel,” kata Yusmadi lagi.
APCO adalah firma Yahudi yang diupah Perdana Menteri Datuk Seri Najib untuk menaikkan imejnya sejak menjadi Perdana Menteri pada April 2009 dengan menggunakan wang pembayar cukai sebanyak RM77 juta setahun.
Pendedahan mengenai penglibatan Apco dalam kerajaan mengheret Anwar dan tiga ahli Parlimen Pakatan Rakyat digantung selama setengah tahun, tahun lalu.
“Jadi apa dia dasar yang sebenar Kerajaan mengenai Israel ini? Ia masih tidak jelas sehingga kini,” kata Yusmadi.
Menurut Yusmadi, Pakatan Rakyat mahupun keadilan mempunyai dasar yang jelas mengenai ini iaitu menekankan prinsip keadilan, kemanusia dan keselamatan.
“Anwar telah beri pandangan tegas, bagaimana isu Israel dan Palestin adalah mengenai isu keselamatan individu dua belah pihak tanpa memberi sebarang dokongan kepada dasar luar Israel yang menindas. Itu yang diperjuangkan Anwar sehingga sekarang,” katanya./KeadilanDaily
KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
Anwar Ibrahim Jawab Tuduhan Umno!!! Isu Sokong Israel
Anwar Ibrahim Jawab Tuduhan Umno!!! Isu Sokong Israel
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...