Pages - Menu

Pages - Menu

Ahad, Februari 12, 2012

Luahan Hati!! penyokong kerajaan isu bantuan RM500 BR1M

 

"Entah kenapa kenalan saya yang boleh dikatakan penyokong kuat kerajaan yang juga merupakan kakitangan kerajaan mengadu kepada saya mengenai masalah yang dihadapi oleh beliau serta kakitangan yang lain dalam isu agihan bantuan RM500 BR1M. Dia mengeluh entah bila proses agihan BR1M ni nak selesai. Lepas tu pula PM umum boleh buat rayuan, mereka pun terpaksalah terima permohonan rayuan.

Yang jadi mangsa sekarang ni kakitangan dan pejabat kerajaan yang uruskan proses permohonan dan agihan BR1M ini. Pejabatnya yang sepatutnya banyak urusan lain perlu buat, dah jadi tempat orang mengadu pasal isu BR1M. BR1M jadi isu utama di pejabat tersebut ketika ini.

Kesian pula saya dengar keluhan pegawai kerajaan tadi yang merupakan penyokong kuat kerajaan. Dah tu pula katanya nak agihkan BR1M ni satu hal, bukan boleh main agih sahaja. Perlu buat acara rasmi, sediakan kemudahan untuk orang datang ambil, kemudian aturkan pula orang politik khususnya wakil rakyat untuk berucap dan agihkan kepada penerima.

Katanya lagi itu belum lagi masuk kes ada yang dapat RM500 ni dua kali kerana sistem agihan baucer BR1M adalah secara manual dari senarai nama yang dicetak dari komputer. Saya kata agihan sepatutnya ditulis cek melalui komputer , barulah komputer hanya akan cetak 1 cek sahaja untuk seorang penerima. Sedangkan baucer RM500 ditulis secara manual.

Saya kata pada dia, memang masa satu dua bulan tak cukup dan tak masuk akal nak proses BR1M ini. Saya katakan pada dia , perlu masa setahun baru boleh agihkan dengan sempurna dan menyeluruh.
Bayangkanlah kita ada sekurang-kurangnya 3.4 juta isi rumah yang layak dapat BR1M ini. Kira punya kira, bermakna kalau proses dalam masa 1 bulan , bermakna setiap negeri perlu proses 1413 borang setiap jam. Itu baru nak proses, belum lagi dapat nak sahkan, dengan silap tulis namanya, ada yang isi borang 2 3 kali, di bandar isi borang, balik kampung isi lagi borang.

Memang haru biru. 
Nampaknya ceramah saya malam nanti saya perlu perjelaskan kepada orang kampung supaya bersabar dalam agihan RM500 ni, kesian saudara mara dan sahabat kita di pejabat kerajaan yang tertekan sekarang ini dalam isu BR1M ini, tak kiralah mereka ni penyokong kerajaan sedia ada atau tidak.
Harap-harap pemimpin kerajaan dapatlah beri gambaran sebenar isu agihan BR1M ini agar tidak memberi tekanan kerja yang melampau terhadap kakitangan kerajaan terutamanya penyokong mereka sendiri.

Rozmal bin Malakan
 
INTIPATI BAJET 2012
Kerajaan bercadang membuat pemberian tunai secara one-off atau sekali sahaja seperti berikut: Bantuan sebanyak 500 ringgit kepada isi rumah berpendapatan bulanan 3,000 ringgit dan ke bawah. Seramai 3.4 juta isi rumah atau 53 peratus daripada jumlah keseluruhan isi rumah dijangka mendapat manfaat daripada bantuan ini. Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos.
 


KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)

DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel

1 ulasan:

  1. Nama pun haru biru bukan haru hijau jadi eloklah dia berlaku bagitu , kepala hotak mereka dah terlalu biru tengok saja apa yang mereka edarkan semuanya biru , Filem biru DSAI , Buntut biru (tak habis lagi dalam proses rayuan)jadi tak hairanlah BR1M pun jadi biru , cubakan pula dalam PRU 13 ini haru hijau .Takbir !!!!!!

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...