Pages - Menu

Pages - Menu

Ahad, Februari 19, 2012

LGE gesa Najib contohi mereka dan debat dengan Anwar Ibrahim

Dengan selesainya debat yang dinanti-nantikan antara Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dengan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek, - Lim menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mencontohi mereka.

lim guan eng chua soi lek debate press conference"Debat ini adalah langkah pertama yang baik tetapi kecil, langkah besar
seterusnya akan tiba apabila Datuk Seri Najib berdebat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Lim dalam sidang akhbar selepas debat mereka di Kuala Lumpur petang ini.

Chua yang turut hadir berkata, ia  terpulang kepada pemimpin Umno untuk memutuskan sama ada mereka ingin berdebat.

Bagaimanapun, presiden MCA berkata beliau telah bersetuju untuk berdebat semula dengan Lim, kali ini dalam bahasa Inggeris atau Melayu, yang dijangka diadakan bulan depan.

"Masa dan tarikhnya akan diputuskan tetapi tajuk akan berbeza," katanya.

lim guan eng chua soi lek debate crowdPerdebatan hari ini, yang berlangsung di penghujung persidangan
sehari "Cina Malaysia di Persimpangan Politik" anjuran bersama Institut Strategi dan Kepimpinan  Asia (ASLI) serta kumpulan pemikir MCA, Insap, di ibunegara, disiarkan seara langsung.

Ditanya sama ada mereka berdoa mengelak menjawab soalan dari hadirin, Chua mempertahankan Lim dan dirinya, dengan berkata: "Hanya ada tiga minit, bagaimana kita boleh menjawab lima soalan dalam masa yang singkat."/MalaysiaKini

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
 
 
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...