Pages - Menu

Pages - Menu

Jumaat, Februari 10, 2012

Kadir: Apa dah jadi dengan Umno... bekas menteri umno.. kah kah kah kah.

Timbalan Presiden Angkatan Amanah Rakyat (Amanah) Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir berkata Jawatankuasa Displin Umno "tidak perlu bersusah payah" untuk menyiasat kenyataan akhbar dan rakaman temubualnya di internet TV yang dianggap satu kritikan terhadap parti.

Sebaliknya, beliau sendiri akan menghantar rakaman "penuh dan tidak diedit" kepada jawatankuasa displin pada minggu depan.Katanya, kenyataan dan rakaman temubual denganMalaysiakini,Harakahdaily dan MOBTV serta ucapannya di Seminar ASLI  telah direkodkan dalam DVD dan akan diserahkan pada minggu depan."Saya buat apa. Kalau benda ini, tak boleh beri pandangan, apa dah jadi dengan Umno."Itu sahaja, sebab saya kenal Umno.

Tahun 50-an, 60-an dan 70-an, Umno memang demokratik, boleh kritik pemimpin, tak ada tindakan displin," katanya.Bercakap dalam sidang media, Kadir mendesak supaya Umno mengkaji terlebih dahulu "kritikannya" sebelum tindakan diambil.Kaji dahulu 'kritikannya'Bercakap dalam sidang media, Kadir yang juga bekas menteri pelancongan mendesak supaya Umno mengkaji terlebih dahulu "kritikannya" dan melaksanakannya kerana beliau yakin ia akan membawa kebaikan kepada semua bagi jangka masa pendek atau panjang.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dilapor berkata jawatankuasa displin parti itu mempunyai kuasa untuk bertindak terhadap ahli yang melanggar etika parti termasuk jawatankuasa itu akan merujuk kenyataan Kadir yang didakwa menjejaskan kepentingan parti.Mengulas lanjut, Kadir berkata beliau menerima rombongan ahli keluarga rapatnya yang meminta supaya "jangan buat itu dan buat ini", bahkan  dihubungi pihak media meminta komen berhubung jawatankuasa displin yang diminta menyiasat kenyataannya.

Antaranya cadangan dan pandangannya kepada Umno  yang dilaporkan pihak media, yang dianggap sebagai "kritikan" ialah berhubung dakwaaan rasuah politik untuk mendapat tempat dalam parti termasuk jawatan tertinggi dalam parti.Kadir menganggapnya ianya satu perkara "keji dan jijik" dan mendesak kerajaan dan parti supaya menghentikan apa yang didakwanya "pemberian rasuah" - secara langsung atau tidak  - kepada rakyat untuk menjadi popular dan mendapat undi dalam pilihan raya."Saya yakin ada cara-cara lain yang lebih berkesan dan berkekalan untuk mencapai objektif tersebut.'Kita diperhati'"Percayalah bukan sahaja rakyat dalam negeri tetapi masyarakat antarabangsa juga sedang memerhati kita.

Perbuatan ini adalah hodoh dan ketinggalan zaman," tegasnya.Kadir yang juga bekas menteri pelancongan mendakwa pengedaran wang tunai kepada rakyat, akan merosakkan nilai murni dan cara hidup mereka."Adakah ini yang kita hendak wariskan kepada generasi akan datang?" soalnya.

Selain itu, Kadir turut membangkitkan berhubung kegagalan pemimpin bumipitera meletakkan kedudukan sosio-ekonomi bumiputera ditempat seadil dan sepatutnya.Menurutnya, pandangan yang diberikan dalam rakaman tersebut "tidak sampai 10 peratus" daripada yang dilakukannya sewaktu beliau menjadi exco Pemuda Umno pada tahun 60-an dan 70-an termasuk berhujah, mengkritik dan memberi pandangan.
Beliau yang pernah bekerja di bawah bekas ketua Pemuda Umno ketika itu Allahyarham Datuk Harun Idris, ketika itu bukan sahaja tidak perlu menghadapi jawatankuasa displin teatpi sebaliknya diberikan peluang berkhidmat dengan pelbagai jawatan."Saya sendiri dilantik oleh Allahyarham Tun Abdul Razak dan kemudiannya menyambung jawatan sebagai setiausaha politik kepada menteri-menteri kabinet.

Allahyarham Tun Hussein Onn pula memilih saya untuk bertanding di kawasan parlimen Kulim-Bandar Baharu pada tahun 1978."Oleh yang demikian saya ingin mengingatkan semua yang berkaitan janganlah menghina Umno yang sepatutnya terus dikekalkan sebagai sebuah parti demokratik.

"Ahli di semua peringkat harus dibenar bersuara dan pemimpin pula harus mengkaji hujah-hujah dari ahli ini," katanya sambil menyatakan keyakinan hujah itu  akan menyubur dan menguatkan perjuangan parti.Menjawab soalan pemberita mengenai statusnya dalam parti, Kadir yang juga bekas menteri penerangan menjawab beliau masih lagi ahli Umno. Ditanya sama ada beliau bersedia berdepan dengan apa sahaja tindakan jawatankuasa displin, Kadir yang juga bendahari Umno Kulim-Bandar Baharu berkata beliau "tidak ada masalah"."Saya tak ada masalah apa. Saya pun tidak bergantung hidup dengan parti....Tak ada masalah, cuma saya kesianlah bahawa kita sudah menyimpang jauh daripada perjuangan asal. Itu sahaja," katanya.


KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
 
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...