Pages - Menu

Pages - Menu

Ahad, Februari 05, 2012

DSAI Di Turki..

Anwar temui Presiden, Perdana Menteri Turki

TURKI 4 Feb: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden Turki, Abdullah Gul  dalam satu majlis makan tengahari, di Ankara.
Terdahulu sebelum itu, Anwar dan rombongan yang disertai Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, Timbalannya, Azmin Ali dan Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution Ismail, menemui Menteri Kewangan Turki, Mehmet Simsek.

Anwar menemui Menteri Kewangan Turki, Mehmet Simsek
Dalam pertemuan itu, mereka membincangkan soal ekonomi negara-negara Islam, hubungan antara timur dan barat serta rundingan kerjasama antara sektor perdagangan dan perindustrian di Turki.

Ia termasuk membincangkan soal pelaburan, pembangunan infrastruktur, perumahan, pendidikan dan sektor kesihatan yang menjuruskan kepada kepentingan rakyat dikedua-dua negara.
Anwar dan rombongannya tiba di Istanbul pada 2 Febuari lalu, kira-kiranya jam 6.30 pagi waktu tempatan.

Semalam, bekas Timbalan Perdana Menteri itu dijemput untuk menyampaikan syarahan perdana bertajuk “Islam dan demokrasi- Sebelum dan selepas Arab Spring’ di Istana Dolmabahce, Istanbul.
Beliau dan rombongan selepas itu  tiba di World Trade Centre Istanbul untuk mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Turki, Ahmad Davutoglu dan berbincang secara serius berhubung perkembangan Arab Spring dan Syria.

Ketua pembangkang itu kemudian mengadakan pertemuan rasmi dengan Perdana Menteri, Recip Tayyip Erdogan di Istana Dolmabahce, Istanbul.
Dalam laman twitternya, Anwar berkata beliau menghargai ketegasan Turki mempertahankan kebebasan di negara Arab, termasuk di Syria dan Palestin./KeadilanDaily

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
 
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel

1 ulasan:

  1. Agen2 NAJIS mesti bengang tengok gambar DSAI tu!!!

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...